Posts

Showing posts from 2007
Warga asing bolot 20% peluang pekerjaan baru Oleh: AMRAN AHMAD KUALA LUMPUR 29 Dis. - Kira-kira 20 peratus peluang pekerjaan baru yang diwujudkan tahun ini dibolot dan jatuh ke tangan warga asing, menurut kajian yang dijalankan oleh Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) baru-baru ini. Pengarah Eksekutif MIER, Profesor Emeritus Dr. Mohamed Ariff Abdul Kareem berkata, senario itu sangat berbahaya kepada sektor buruh negara terutama selepas era peralihan ekonomi daripada berteraskan buruh kepada teknologi dan kemahiran pada masa ini. “Keadaan ini juga bertentangan dengan matlamat negara untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan bukannya mencipta peluang pekerjaan kepada orang asing, “Peralihan ekonomi kepada era teknologi dan kemahiran tinggi juga menyebabkan ekonomi negara tidak mampu menawarkan peluang pekerjaan baru sebanyak dahulu kepada rakyat negara ini terutama golongan di bawah 34 tahun,” kata beliau kepada Mingguan Malaysia di sini baru-baru ini. Awal bul
Image
Gaji minimum: K'jaan tolak permintaan MTUC Jul 11, 07 3:45pm Kerajaan tidak dapat memenuhi permintaan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mahukan supaya gaji minimum pekerja ditetapkan pada RM900, dan elaun sara hidup (COLA) ditetapkan RM300, kepada semua petugas sektor swasta. Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Abdul Rahman Bakar berkata sekiranya permintaan MTUC itu ditunaikan, ia akan menyebabkan banyak syarikat dalam negara `gulung tikar', demikian menurut laporan Bernama. "Terdapat kira-kira dua juta pekerja asing dalam negara ketika ini, jika semua diberikan gaji minima seperti yang diminta MTUC, banyak syarikat tempatan akan ditutup," katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Tan Sri Dr Jins Shamsudin di persidangan Dewan Negara, hari ini. Beliau memberi contoh bayaran gaji minimum dan COLA kepada pembantu rumah, yang menurutnya adalah tidak logik, kerana tempat tinggal dan makanan pembantu rumah itu disedia
Hansard persidangan parliment pada 2hb Julai 2007 muka surat 28 USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(1) PERMINTAAN MTUC TERHADAP GAJI MINIMUM DAN ELAUN KOS KEHIDUPAN (COLA) 11.31 pg. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri di bawah Peraturan Mesyuarat 18 untuk kemukakan Usul yang berikut, bahawa di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1), Dewan ini memberi laluan kepada Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Tuan Lim Kit Siang untuk membawa satu Usul berkenaan perkara tertentu, berkepentingan orangramai dan berkehendak disegerakan iaitu permintaan MTUC terhadap gaji minimum dan Elaun Kos Kehidupan (COLA) untuk sektor swasta dengan potensi menyebabkan tindakan perusahaan secara besar-besaran. Pada Isnin, 25 Jun 2007, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah mengadakan piket yang telah dihadiri beribu-ribu pekerja di 14 tempat seluruh negara selepas rundingan dengan kerajaan berkenaan Kempen Gaji Minimum RM900 dan Elaun Kos Kehidupan (COLA) RM30
Sedia laporan gaji -- Kerajaan mahu pastikan 1.2 juta pekerja dapat upah sewajarnya Oleh SITI AINIZA KAMSARI SERDANG 30 Jun – Sebanyak 570,000 majikan sektor swasta diarahkan supaya menyediakan laporan gaji pekerja dalam tempoh tiga bulan dari sekarang untuk disemak dan dikaji oleh kerajaan. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn berkata, laporan tersebut bertujuan memastikan seramai 1.2 juta pekerja di negara ini mendapat gaji yang sepatutnya dan tidak berlaku sebarang penyelewengan dalam penggajian mereka. “Jemaah menteri baru-baru ini bersetuju dengan pelaksanaan Akta Penetapan Gaji bagi menyiasat laporan-laporan majikan sebagai satu usaha kerajaan memberikan perlindungan kepada para pekerja terutama dari aspek gaji minimum yang wajar mereka nikmati,” katanya di sini hari ini. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan ibu pejabat dan bangunan baru Wisma Lucy Belle, milik sebuah syarikat dari Taiwan yang mempunyai 200 cawangan pusat kecantikan d
MTUC wajar kembali ke meja rundingan Rencana Pengarang TIADA siapa dapat menafikan betapa sektor swasta sememangnya memainkan peranan yang penting dalam menjana kemajuan dan kejayaan negara ini sekarang. Satu ketika dulu, masyarakat memandang tinggi sektor swasta kerana menawarkan gaji lumayan dan pada masa yang sama mereka melihat sektor awam yang menawarkan gaji rendah dengan sebelah mata. Tetapi itu dulu. Keadaan sekarang sudah berubah apabila sektor awam dipandang sebaliknya oleh masyarakat berikutan keputusan kerajaan menaikkan gaji kakitangannya mulai Julai ini. Suka atau tidak, keadaan itu menimbulkan rasa cemburu di kalangan kakitangan swasta apabila sahabat mereka bakal mendapat upah lebih lumayan mulai Julai ini. Dengan alasan kenaikan gaji itu memberikan kesan kepada sektor swasta serta inflasi dalam negara, secara tiba-tiba Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengadakan piket di 13 lokasi di seluruh negara semalam. Dua isu menjadi tuntutan utama MTUC iaitu mah
Kerajaan tidak setuju gaji awam, swasta diseragam SEREMBAN 26 Jun – Kerajaan tidak bersetuju dengan tuntutan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) supaya pemberian gaji dalam sektor awam dan swasta diseragamkan. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn berkata, kaedah itu tidak boleh dilaksanakan kerana ia boleh menyebabkan ekonomi negara tidak stabil. “Ini tidak bolehlah dilakukan. Kita telah bersetuju supaya pendekatan pemberian gaji melalui sektor dan mekanisme ini banyak membantu dalam penyelesaian tuntutan gaji. “Kita tidak mahu pendekatan dengan istilah blanket approach, nanti pembantu rumah pun dimasukkan, pekerja sambilan juga begitu. Susahlah... Ini akan menjadikan ekonomi kita tidak bergerak,” kata beliau kepada pemberita selepas majlis pecah tanah pembinaan bangunan baru Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di sini, hari ini. Beliau mengulas tindakan MTUC mengadakan piket bagi menuntut gaji minimum RM900 dan Elaun Sara Hidup (COLA) RM300 untuk pekerja
MTUC jangan ambil tindakan rugikan pekerja – Abdullah Daripada BADRUL AZHAR RAHMAN ROM 26 Jun – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) agar tidak mengambil tindakan yang merugikan golongan pekerja berhubung isu tuntutan gaji minimum pekerja sektor swasta. ‘‘Apa pun kita perlu berbincang dan jangan ambil tindakan-tindakan yang akhirnya merugikan pekerja sendiri,” kata Perdana Menteri ketika mengulas tindakan MTUC yang mengadakan piket di 13 lokasi di seluruh negara semalam. Piket tersebut dijalankan atas alasan kerajaan tidak memberikan maklum balas positif terhadap tuntutan gaji minimum RM900 dan Elaun Sara Hidup (COLA) RM300 untuk pekerja swasta. Abdullah yang dalam rangka lawatan rasmi di Itali berkata, beliau akan meminta laporan lengkap daripada Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn berhubung perkara tersebut. Menurutnya, para majikan kini mengambil kira soal kos tenaga pekerja dan ia amat penting dalam sebarang indust
Senaraikan sektor pekerjaan bawah paras kemiskinan PUTRAJAYA 25 Jun – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) diminta menyenaraikan sektor pekerjaan di negara ini yang dikenal pasti masih menerima gaji di bawah paras kemiskinan secepat mungkin. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Fong Chan Onn berkata, ia bagi membolehkan kerajaan membantu pekerja di sektor terbabit menerima gaji yang sewajarnya selain menikmati syarat-syarat pekerjaan lebih baik. Beliau berkata, ia juga adalah satu kaedah yang paling konstruktif bagi melindungi hak pekerja di negara ini. “MTUC tidak perlu mengadakan piket tetapi sebaliknya bekerjasama dengan kerajaan supaya setiap sektor pekerjaan di negara ini mempunyai Majlis Penetapan Gaji masing-masing. “MTUC pun menyedari keberkesanan peranan yang dimainkan oleh majlis yang setakat ini telah melindungi seramai 1.2 juta pekerja seluruh negara,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefaha
MTUC dibenar buat semakan swasta air Oleh AMIRUDDIN HARUN KUALA LUMPUR 14 Jun – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan 13 yang lain hari ini memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) untuk membuat semakan kehakiman terhadap keputusan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi yang enggan mendedahkan laporan audit dan perjanjian konsesi berhubung penswastaan air di Lembah Klang. Hakim Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim yang membuat keputusan itu setelah mendengar hujah kedua-dua pihak, berpuas hati bahawa permohonan itu bukanlah sesuatu yang remeh dan menyusahkan serta boleh dihujahkan. Berhubung isu locus standi (hak di sisi undang-undang), menurut beliau, ia akan dipertimbangkan bersama merit kes berkenaan. ‘‘Pemohon telah berjaya membuktikan prima facie dalam kes tersebut dan dengan itu kebenaran (seperti yang dipohon) dibenarkan,’’ katanya. Peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili pemohon ketika ditemui di luar mahkamah menyatakan, kedua-dua pihak sele
Rundingan kementerian dengan MTUC masih berjalan – Menteri BATU PAHAT 24 Jun – Kementerian Sumber Manusia masih berunding dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berhubung penetapan gaji minimum untuk pekerja swasta termasuk di sektor perhotelan. Sehubungan itu, menterinya, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn (gambar) berkata, MTUC tidak perlu meneruskan hasrat mereka untuk mengadakan piket esok. Katanya, kajian juga sedang dilakukan bagi kemungkinan mewujudkan satu lagi majlis gaji untuk sektor-sektor tertentu termasuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS). ‘‘Dalam pertemuan dengan MTUC baru-baru ini, saya mencadangkan agar mereka membuat kajian dan cadangan mengenai mana-mana sektor yang dirasakan perlu untuk dilaksanakan penetapan gaji tersebut,’’ katanya ketika dihubungi hari ini. Chan On berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan MTUC mengadakan piket minggu depan sebagai menuntut gaji minimum RM900 dan Elaun Sara Hidup (COLA) RM300 untuk pekerja sektor swasta.
MTUC jadi piket Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI KUALA LUMPUR 24 Jun – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tetap akan berpiket esok bagi menuntut kerajaan menimbangkan gaji minimum RM900 dan Elaun Sara Hidup (COLA) RM300 untuk pekerja sektor swasta. Presidennya, Syed Shahir Syed Mohamad berkata, memandangkan kerajaan tidak memberikan maklum balas positif terhadap tuntutan tersebut selepas tempoh seminggu diberikan, MTUC tidak akan berganjak dengan pendirian asal kesatuan itu. Katanya, bermula pukul 5 hingga 6.30 petang esok, ahli-ahli MTUC akan berkumpul untuk mengadakan piket serentak di lebih 13 lokasi iaitu di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Bangi, Shah Alam, Klang, Johor, Kuching, Pulau Pinang, Ipoh, Melaka dan Seremban. Beliau difahamkan semua ahli telah bersiap sedia untuk berpiket bagi menuntut hak mereka. ‘‘MTUC kesal kerana mesyuarat yang diatur dengan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn minggu lepas menemui jalan buntu, tiada sebarang keputusan yang menyaki
Mekanisme Untuk Jaga Kebajikan Pekerja Swasta PETALING JAYA, 21 Jun (Bernama) -- Satu mekanisme bagi memelihara kebajikan pekerja swasta akan diperkenalkan tidak lama lagi, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr Fong Chan Onn. Beliau berkata mekanisme itu penting bagi menangani kebajikan pekerja sektor swasta yang pelbagai bidang dan tempoh perkhidmatan yang berbeza mengikut fungsi dan skop tugas masing-masing. "Ada pihak yang menuntut supaya kerajaan menetapkan gaji minimum RM900 dan Elaun Sara Hidup (COLA) RM300 untuk semua pekerja sektor swasta, sedangkan ada antara mereka yang cuma bekerja secara sambilan dan sementara. "Jika ia dilaksanakan, ada majikan yang akan mengalami kerugian besar ekoran tuntutan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Sumber Manusia 2007 anjuran Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) di sini hari ini. Justeru pihak kementerian akan terus berbincang dengan pihak berkenaan bagi memast
Jangan Piket, Kata Najib Kepada MTUC PUTRAJAYA, 19 Jun (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), badan induk kesatuan bagi lapan juta pekerja sektor swasta di negara ini, supaya tidak mengadakan piket berhubung permohonan gaji minimum. "Kami berharap mereka (MTUC) tidak akan mengadakannya tetapi terus mengadakan perbincangan dengan kerajaan kerana kita mempunyai pertimbangan tertentu yang perlu difikirkan. "Terdapat banyak akibat timbul dengan gaji minimum tetapi terdapat amalan yang dilakukan industri misalnya industri memutuskan tahap gaji yang boleh diterima tetapi kita masih belum menerima pakai dasar gaji minimum di negara ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Barang-Barang Perlu di sini hari ini. Semalam, MTUC menyerahkan satu memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta kerajaan meminda Akta Pekerjaan 1955
MTUC Kemuka Memorandum Mengenai Gaji Minimum Ke Pejabat PM PUTRAJAYA, 18 Jun (Bernama) -- Tidak sampai sebulan selepas kerajaan mengumumkan kenaikan gaji bagi kira-kira satu juta kakitangan awam, kini terdapat desakan supaya gaji minimum bagi pekerja sektor swasta diperkenalkan. Ke arah itu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), badan induk bagi lapan juta pekerja dalam sektor swasta Malaysia, mahu gaji minimum ditetapkan pada RM900 manakala Elaun Sara Hidup (Cola) pula RM300 bagi kumpulan ini. MTUC menyatakan perkara itu dalam memorandum yang diserahkan oleh presidennya, Syed Shahir Syed Mohamad, dan setiausaha agung G. Rajasekaran kepada Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini. Bercakap kepada pemberita sebelum menyerahkan memorandum itu kepada Ahmad Yaakob, setiausaha sulit kanan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Syed Shahir berkata sumbangan pekerja berkenaan kepada pertumbuhan ekonomi dan kemajuan negara di samping kerjasama mereka dalam mengekalkan keamanan
Gaji Pokok Terendah Kakitangan Awam Kini Hampir Lepasi Garis Kemiskinan PUTRAJAYA, 21 Mei 2007 (Bernama) -- Gaji pokok terendah kakitangan awam kini hampir melepasi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ekoran daripada kenaikan gaji kakitangan awam mulai 1 Julai ini, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini. Perdana Menteri berkata gaji pokok terendah yang baru ialah RM649.15 sebulan berbanding dengan PGK terkini iaitu RM691 untuk seluruh negara. Gaji pokok terendah iaitu bagi Tukang Masak Gred N1 sekarang ialah RM480.85 dan akan naik 35 peratus kepada RM649.15 sebulan mulai Julai nanti. Jika dicampur imbuhan tetap seperti Imbuhan Tetap Khidmat Awam dan Imbuhan Tetap Perumahan, jumlah pendapatan terendah terbaru golongan itu ialah RM1,024.15 sebulan, kata Abdullah. Jumlah pendapatan itu tidak termasuk Bantuan Sara Hidup (COLA) yang baru antara RM100 dan RM300 bergantung kawasan bertugas kakitangan berkenaan. Sebelum kenaikan gaji itu, pendapatan sebulan kakitangan itu adalah RM805.85
Pemandu maut dihempap balak 06-04-2007 05:48:37 PM ALOR STAR: Seorang pemandu lori terbunuh dihempap sebatang kayu balak yang sedang diturunkan dari lori di sebuah kilang papan di Jabi, dekat sini, hari ini. Kong Lan Onn, 51, dari Rantau Panjang, Kelantan mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Rakan sekerja mangsa, Lim Ah Chai, 48, berkata kejadian berlaku 8.30 pagi tadi ketika dia dan Kong baru sahaja tiba di kilang tersebut setelah mengambil balak dari Batu Lima, Sik. "Semasa dia membuka rantai yang mengikat kayu balak terbabit, sebatang daripada 22 kayu balak di atas lori itu menggelongsor dan terus menghempapnya," kata Lim semasa ditemui di kilang berkenaan. Ketua Polis Daerah Kota Star ACP Zainal Abidin Kassim ketika dihubungi berkata kes itu diklafikasikan sebagai kemalangan biasa. BERNAMA
PUTRAJAYA, 13 Feb (Bernama) -- Rang Undang-undang Pekerja Asing akan dibentangkan di Parlimen bulan depan, yang akan merintis jalan bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk mengawal dan menguruskan kesemua 1.9 juta pekerja asing di negara ini. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad berkata draf rang undang-undang itu kini di peringkat akhir. "Rang undang-undang itu akan membolehkan kementerian mengawal pekerja asing mulai hari mereka memasuki negara ini sehinggalah hari mereka meninggalkan negara ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya di Ibu pejabat Jabatan Imigresen di sini. Ketika ini, pengambilan pekerja asing sebagai pembantu rumah berada di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia meskipun pengeluaran permit kerja dilakukan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Program Malaysia Rumah Keduaku pula di bawah Kementerian Pelancongan tetapi terdapat kes apabila sesetengah warga asing yang menda