Posts

Showing posts from September, 2016

Sekalung Tahniah

Image
Sekalung Tahniah kepada kedua-dua Penolong Setiausaha Agung iaitu Sdr. Rasdi bin Abu Hanipah dan Puan Suria binti Khamis kerana kejayaan mereka mewaklili Kesatuan ini menghadiri Kursus Train The Trainers selama 9 hari berselang-seli dalam tempoh 2 bulan untuk melayakkan mereka menerima sijil pengiktirafan. Diharapkan dengan pengalaman dan ilmu yang diperolihi tersebut dapat dimanafaatkan untuk kebaikan ahli-ahli dan pembangunan kesatuan.

Kedudukan Sebenar Kewangan NEGARA

Kewangan Kerajaan Pusat genting A Kadir Jasin 4 September 2016 SALAH satu ciri belanjawan yang diidam-idamkan oleh semua negara di dunia dan dituntut oleh badan-badan kewangan antarabangsa adalah keseimbangan di antara hasil dan perbelanjaan. Inilah yang disebut sebagai belanjawan seimbang. Tetapi ia lebih berupa impian daripada kenyataan bagi kebanyakan negara. Dalam keadaan biasa pun ia sukar dicapai apatah lagi dalam suasana ekonomi yang tidak menentu seperti sekarang. Antara matlamat dan ikrar utama Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak apabila mengambil alih teraju Kementerian Kewangan pada akhir tahun 2008 ialah menghapuskan defisit belanjawan secara berperingkat. Kemudian sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009 beliau menjadikan belanjawan seimbangan sebagai salah satu matlamat penting Program Transformasi Nasional. Beliau berhasrat mencapai idealisme itu menjelang tahun 2020. Secara amnya, dasar itu menampakkan kemajuan. Defisit belanjawan, iaitu pe