Posts

Showing posts from December, 2011
Image
Sumber: Majlis setuju gaji minimum RM770-RM900 ikut tiga zon Oleh G. Manimaran December 20, 2011 KUALA LUMPUR, 20 Dis — Majlis Perundingan Gaji Negara dipercayai telah mencapai kata sepakat mengenai kadar gaji minimum — mengikut tiga zon dengan kadarnya sekitar RM770 hinga RM900 sebulan dan akan diserahkan kepada kerajaan pusat untuk menentukan kadar muktamad dan juga tarikh pelaksanaan. The Malaysian Insider difahamkan kadar itu diputuskan pada mesyuarat majlis itu semalam. Sumber memberitahu bahawa RM900 ditetapkan bagi pekerja-pekerja di Semenanjung, Sabah (RM770) dan Sarawak pula RM780 meliputi semua sektor kecuali pembantu rumah. Difahamkan syor itu diterima oleh kerajaan akan melibatkan sekitar tiga juta pekerja secara langsung dalam waktu terdekat. “Persetujuan ini adalah satu perkembangan yang bersejarah kerana akhirnya, buat setakat ini, semua pihak dalam majlis bersepakat mengenai satu kadar gaji minimum yang boleh
‘Exit Policy’: Staf kerajaan gagal capai sasaran kerja selama tiga tahun akan dibuang Oleh G Manimaran December 05, 2011 KUALA LUMPUR, 5 Dis — Kakitangan sektor kerajaan yang gagal memperlihatkan atau mencapai prestasi perkhidmatan disasarkan selama tiga tahun berturut-turut akan ditamatkan kerja di bawah Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang bakal dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini. The Malaysian Insider difahamkan, peruntukan baru ini terpakai ke atas keseluruhan 1.3 juta tenaga kerja sektor awam, tidak kira peringkat dan kumpulan perkhidmatan. Sumber memberitahu bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menetapkan empat kategori markah penilaian perkhidmatan iaitu 70 peratus dan ke bawah sebagai syor paras untuk ditamatkan perkhidmatan, 75 peratus ke bawah tiada kenaikan, 85 hingga 95 peratus diberi lapan peratus kenaikan gaji manakala 95 peratus ke atas 15 peratus kenaikan. SBPA menyediakan sistem gaji sa
Image
Kata dua gabungan MTUC, batal pindaan Akta Kerja atau sedia hilang undi PRU TERKINI @ 08:10:34 PM 02-12-2011 Oleh G Manimaran December 02, 2011 Mohd Roszeli Majid SHAH ALAM, 2 Dis ― Kesatuan gabungan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) petang ini memberi kata dua kepada Putrajaya agar menarik balik Rang Undang-undang Kerja 2011, yang dijadual dibahas di Dewan Negara minggu depan, jika tidak bersedia menghadapi kesan ketika pilihan raya umum ke-13. Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Junior Tenaga Nasional Berhad Mohd Roszeli Majid berkata, jika kerajaan enggan mendengar suara pekerja agar tidak meneruskan peruntukan berkenaan sistem kontraktor tenaga kerja menerusi pindaan ke atas Akta Kerja, para pekerja akan menentukan nasib kerajaan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum nanti. “Tengok apa terjadi ke atas Rang Undang-undang Perhimpunan Aman baru-baru ini, yang diteruskan pembentangan tan
Image
Presiden MTUC akui sistem kontraktor pekerja boleh hakis undi BN Oleh G Manimaran December 02, 2011 Ahli-ahli kesatuan gabungan MTUC yang menghadiri perhimpunan membantah pindaan Akta Kerja 1955 di Shah Alam petang ini. ― Foto oleh Jack Ooi SHAH ALAM, 2 Dis - Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tidak menolak kemungkinan pindaan Akta Kerja, khususnya yang berkaitan sistem kontraktor tenaga kerja, akan memberi kesan ke atas populariti kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum. Khalid Atan berkata, lazimnya pekerja-pekerja mengharapkan perlindungan daripada kerajaan dan oleh itu, jika ada apa-apa penggubalan ataupun pindaan menjejaskan kepentingan mereka, ia akan mengganggu sokongan atau undi ketika pilihan raya. “Mungkin, mungkin ada,” kata beliau ketika ditanya mengenai kesan sokongan para pekerja, yang dianggarkan lebih lima juta orang merupakan pengundi jika kerajaan enggan memenuhi desakan MTUC a