Posts

Showing posts from June, 2008
Image
Dr Denison: Kadar kemiskinan M'sia 30% Siti Nurul Zahra Hamdan | Jun 17, 08 5:02pm Kadar kemiskinan di Malaysia sebenarnya lebih 30 peratus dan bukannya 5.7 peratus sepertimana yang diumumkan oleh kerajaan, kata Presiden Yayasan Strategik Sosial, Dr Denison Jayasooria. Beliau yang juga pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia berkata, ini kerana kaedah yang digunakan sekarang untuk mengira Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) negara adalah tidak tepat. Katanya, kaedah kerajaan mengira PGK sekarang hanya melibatkan keperluan asas seperti yang dilakukan oleh negara-negara miskin, tanpa mengambilkira taraf hidup isi rumah. Dr Denison berkata, kalau semua itu diambil kira, maka kadar kemiskinan rakyat negara ini lebih 30 peratus berikutan keadaan semasa dan kenaikan kos sara hidup. "Pada pandangan saya, kini terdapat lebih 30 peratus mereka yang miskin dinegara ini, lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi semasa, dan bukannya hanya 5.7peratus (seperti yang diumumkan kerajaan),"