Posts

Showing posts from January, 2009
Image
Jangan beri muka majikan pentingkan diri Oleh ZAKARIA MOHD. YUSOF Penulis ialah Prof. Madya di Jabatan Ukur Bahan, Fakulti Alam Bina UTM, Skudai, Johor. SEKALI lagi isu warga asing menjadi topik utama media tempatan. Sejak beberapa tahun lalu, seruan untuk menghentikan pekerja asing sering kedengaran. Malang sekali suara-suara ini timbul mengikut musim tanpa ada tindakan dan dasar perancangan sumber manusia yang jelas. Akhirnya apa yang kita lihat, pekerja asing masih berleluasa memunggah khazanah di bumi ini. Ironinya, kitalah yang mengundang mereka ke sini. Umum mengetahui kebergantungan kepada warga asing hanya sebagai penyelesaian jangka pendek yang merugikan negara dalam tempoh panjang, apalagi dalam keadaan semua pihak terkesan oleh ekonomi semasa. Namun, khidmat warga asing masih menjadi intaian majoriti majikan lantaran bayaran upah jauh lebih murah. Apalagi, komitmen warga tempatan yang seringkali diragui terutama dalam sektor kolar biru. Sudah sampai masanya untuk ki