Posts

Showing posts from March, 2009
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Kerajaan mensasarkan 15,000 peluang pekerjaan akan terbuka kepada tenaga kerja tempatan ekoran kenaikan bayaran levi kepada pekerja asing sebanyak dua kali ganda, dengan bayaran levi itu dibuat oleh majikan dan bukannya pekerja seperti sebelum ini. Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam berkata jumlah peluang pekerjaan yang meningkat itu dapat dilihat dalam tempoh sebulan selepas pelaksanaan kenaikan levi pekerja asing terhadap majikan dalam bidang tertentu kecuali di sektor pembinaan, perladangan dan pembantu rumah. "Selain levi dibayar oleh majikan berbanding pekerja sebelum ini, kos membawa pekerja asing ke dalam negara akan bertambah. Diharapkan penambahan levi ini akan memastikan majikan tempatan memberi tumpuan kepada pekerja tempatan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rak
Visa 55,000 pekerja Bangladesh dibatalkan Mar 10, 09 1:40pm Semua visa kemasukkan pekerja Bangladesh yang diluluskan pada 2007 dan masih belum memasuki Malaysia dibatalkan serta-merta, kata menteri dalam negeri hari ini. Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata tindakan itu selaras dengan keputusan kerajaan untuk tidak menerima sebarang permohonan baru, melainkan untuk sektor-sektor tertentu yang kritikal, lapor Bernama. syed hamid albar exclusive interview larger pix 231008 05"Kerajaan telah mengambil keputusan untuk membatalkan serta-merta visa semua pekerja asing dari Bangladesh yang masih menanti untuk memasuki negara ini. "Ini bersesuaian dengan senario semasa negara, yang tidak memerlukan tenaga kerja asing, melainkan untuk beberapa sektor tertentu yang dikenal pasti oleh kerajaan," beliau dipetik berkata selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri. Berikutan langkah itu, Syed Hamid berkata kerajaan akan mengembalikan wang bayaran levi yang dikeluarkan majikan
Image
Badan berkecai dihempap tong satu tan Oleh Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my KUALA LUMPUR: Mengerikan apabila badan dua pekerja binaan warga Bangladesh hampir berkecai sepenuhnya selepas dihempap tong pengangkut bahan binaan di sebuah tapak pembinaan di Jalan Bangsar Utama di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 petang itu, kabel pada tong berkenaan terputus daripada sebuah kren di tingkat 22 sebuah bangunan dalam pembinaan sebelum terjatuh dan menghempap mereka. Sumber berkata, kedua-dua mangsa berusia 30 dan 40-an melakukan kerja bersama beberapa pekerja di tempat kejadian. “Ketika kren itu di tingkat 22, kabel tidak dapat menampung berat bahan binaan yang diangkat menyebabkannya terputus. “Tong yang dianggarkan lebih satu tan itu jatuh menghempap dua buruh binaan terbabit,” katanya di sini, semalam. Menurutnya, kepala seorang daripada mereka pecah manakala badan rakannya hampir hancur sepenuhnya dan bertaburan hingga beberapa meter di sekitar lokasi kejadian.
21,000 pekerja Pakistan di Malaysia KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Seramai 21,000 pekerja Pakistan dibawa masuk ke Malaysia sejak enam tahun lepas, berikutan dengan satu Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh kedua-dua negara pada Oktober 2003 untuk membekalkan tenaga pekerja. Atase Masyarakat Kebajikan dan Buruh Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Malaysia Nadeem Ashraf berkata kuota sebenar di bawah MoU itu ialah 100,000 pekerja untuk sektor pembinaan, perladangan, pembuatan dan perkhidmatan. Beliau berkata kuota itu tidak dapat dipenuhi kerana pekerja Pakistan menganggap gaji dan kemudahan yang ditawarkan tidak memuaskan. "Pekerja Pakistan lebih berminat untuk bekerja di negara-negara Timur Tengah di mana gaji yang ditawarkan sangat menarik dan keadaan kerja yang lebih baik. Malahan negara-negara itu hampir dengan tanah airnya," katanya kepada Bernama di sini. Menurutnya suruhanjaya itu telah menubuhkan sebuah unit khas untuk membantu pekerja Pakistan untuk me
09 Mac, 2009 16:02 PM Tarik Balik Visa 70,000 Pekerja Bangladesh KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyeru kerajaan agar menarik balik dengan segera visa yang dikeluarkan kepada 70,000 pekerja Bangladesh yang dijangka tiba di sini tidak lama lagi. Naib presiden MTUC, A. Balasubramaniam berkata pekerja di negara ini kini sudah kehilangan pekerjaan dan kedatangan pekerja asing akan meburukkan lagi keadaan. Malahan, beribu-ribu rakyat Bangladesh di negara kini menghadapi masa depan yang muram akibat tidak ada pekerjaan dan kurang pekerjaan, katanya kepada Bernama di sini. Katanya adalah lebih baik visa mereka yang akan datang dibatalkan semasa mereka masih lagi di negara asalnya daripada menunggunya tiba di sini. Beliau mengulas kenyataan Kaunselor Buruh Bangladesh Talat Mahmud Khan bahawa 70,000 pekerja Bangladesh yang memiliki visa dijangka tiba di sin
70,000 lagi pekerja Bangladesh dijangka masuk ke Malaysia Oleh Sajad Hussein KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Lebih 70,000 pekerja Bangladesh dijangka tiba di Malaysia tidak lama lagi untuk bekerja dalam sektor perladangan, pembinaaan dan perkhidmatan, kata Penasihat Buruh di Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di sini Talat Mahmud Khan hari ini. Beliau berkata walaupun Malaysia mengalami kejatuhan ekonomi dan peningkatan jumlah pembuangan pekerja, namun pekerja Bangladesh masih mendapat permintaan kerana mereka dianggap rajin, cekap, patuh kepada peraturan, mudah dilatih dan tidak menuntut gaji yang tinggi. Pekerja Bangladesh juga dikatakan mampu melakukan pelbagai tugas, katanya. Talat berkata walaupun sektor perkhidmatan kini membekukan sementara pengambilan pekerja asing, namun visa bagi pekerja Bangladesh ini telah diluluskan sebelum peraturan itu dikuatkuasakan. Bercakap kepada Bernama, beliau berkata dengan kedatangan pekerja baru ini, jumlah
IPOH, 7 Mac (Bernama) -- Krisis ekonomi dunia ketika ini merupakan masa terbaik untuk Malaysia mengambil pendekatan lebih berani bagi mengurangkan pekerja asing yang kini mencecah 2.5 juta orang, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K Devamany. Beliau berkata kerajaan perlu memperkenalkan dasar lebih serius bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap pekerja asing dan tidak terlalu terbawa-bawa dengan tuntutan para majikan yang lebih mementingkan keuntungan maksimum mereka. "Krisis ekonomi ini perlu diambil sebagai satu peluang untuk mengubahsuai dasar kemasukan pekerja asing sedia ada demi kepentingan negara. Jangan kita seronok sesaat tapi derita seabad," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Konvokesyen 2009 Pusat Pembangunan Kemahiran Evertronics di sini hari ini. Beliau berkata ketirisan dan gejala rasuah juga perlu ditangani bagi memastikan usaha dan matlamat mengurangkan pekerja asing kepada 1.8 juta orang pada 2010 bagi memberi pe