Posts

Showing posts from 2011
Image
Sumber: Majlis setuju gaji minimum RM770-RM900 ikut tiga zon Oleh G. Manimaran December 20, 2011 KUALA LUMPUR, 20 Dis — Majlis Perundingan Gaji Negara dipercayai telah mencapai kata sepakat mengenai kadar gaji minimum — mengikut tiga zon dengan kadarnya sekitar RM770 hinga RM900 sebulan dan akan diserahkan kepada kerajaan pusat untuk menentukan kadar muktamad dan juga tarikh pelaksanaan. The Malaysian Insider difahamkan kadar itu diputuskan pada mesyuarat majlis itu semalam. Sumber memberitahu bahawa RM900 ditetapkan bagi pekerja-pekerja di Semenanjung, Sabah (RM770) dan Sarawak pula RM780 meliputi semua sektor kecuali pembantu rumah. Difahamkan syor itu diterima oleh kerajaan akan melibatkan sekitar tiga juta pekerja secara langsung dalam waktu terdekat. “Persetujuan ini adalah satu perkembangan yang bersejarah kerana akhirnya, buat setakat ini, semua pihak dalam majlis bersepakat mengenai satu kadar gaji minimum yang boleh
‘Exit Policy’: Staf kerajaan gagal capai sasaran kerja selama tiga tahun akan dibuang Oleh G Manimaran December 05, 2011 KUALA LUMPUR, 5 Dis — Kakitangan sektor kerajaan yang gagal memperlihatkan atau mencapai prestasi perkhidmatan disasarkan selama tiga tahun berturut-turut akan ditamatkan kerja di bawah Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang bakal dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini. The Malaysian Insider difahamkan, peruntukan baru ini terpakai ke atas keseluruhan 1.3 juta tenaga kerja sektor awam, tidak kira peringkat dan kumpulan perkhidmatan. Sumber memberitahu bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menetapkan empat kategori markah penilaian perkhidmatan iaitu 70 peratus dan ke bawah sebagai syor paras untuk ditamatkan perkhidmatan, 75 peratus ke bawah tiada kenaikan, 85 hingga 95 peratus diberi lapan peratus kenaikan gaji manakala 95 peratus ke atas 15 peratus kenaikan. SBPA menyediakan sistem gaji sa
Image
Kata dua gabungan MTUC, batal pindaan Akta Kerja atau sedia hilang undi PRU TERKINI @ 08:10:34 PM 02-12-2011 Oleh G Manimaran December 02, 2011 Mohd Roszeli Majid SHAH ALAM, 2 Dis ― Kesatuan gabungan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) petang ini memberi kata dua kepada Putrajaya agar menarik balik Rang Undang-undang Kerja 2011, yang dijadual dibahas di Dewan Negara minggu depan, jika tidak bersedia menghadapi kesan ketika pilihan raya umum ke-13. Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Junior Tenaga Nasional Berhad Mohd Roszeli Majid berkata, jika kerajaan enggan mendengar suara pekerja agar tidak meneruskan peruntukan berkenaan sistem kontraktor tenaga kerja menerusi pindaan ke atas Akta Kerja, para pekerja akan menentukan nasib kerajaan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum nanti. “Tengok apa terjadi ke atas Rang Undang-undang Perhimpunan Aman baru-baru ini, yang diteruskan pembentangan tan
Image
Presiden MTUC akui sistem kontraktor pekerja boleh hakis undi BN Oleh G Manimaran December 02, 2011 Ahli-ahli kesatuan gabungan MTUC yang menghadiri perhimpunan membantah pindaan Akta Kerja 1955 di Shah Alam petang ini. ― Foto oleh Jack Ooi SHAH ALAM, 2 Dis - Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tidak menolak kemungkinan pindaan Akta Kerja, khususnya yang berkaitan sistem kontraktor tenaga kerja, akan memberi kesan ke atas populariti kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum. Khalid Atan berkata, lazimnya pekerja-pekerja mengharapkan perlindungan daripada kerajaan dan oleh itu, jika ada apa-apa penggubalan ataupun pindaan menjejaskan kepentingan mereka, ia akan mengganggu sokongan atau undi ketika pilihan raya. “Mungkin, mungkin ada,” kata beliau ketika ditanya mengenai kesan sokongan para pekerja, yang dianggarkan lebih lima juta orang merupakan pengundi jika kerajaan enggan memenuhi desakan MTUC a
Image
Mahkamah: Kesatuan sekerja ada imuniti, tidak boleh disaman November 24, 2011 KUALA LUMPUR, 24 Nov ― Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan kesatuan sekerja menikmati imuniti mutlak daripada disaman di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959. Hakim Datuk V T Singham berkata Seksyen 22(1) akta itu memberikan perlindungan kepada kesatuan sekerja daripada mana-mana saman yang difailkan di mahkamah, malahan jika pun, wakil kesatuan telah memfitnah pihak satu lagi(majikan). “Mungkin sudah tiba masanya bagi penggubal undang-undang untuk menimbangkan secara serius sama ada perbuatan fitnah tort, jika dilakukan oleh atau mewakili pihak kesatuan sekerja dan malahan jika ia dilakukan ketika sedang dipertimbangkan atau pelanjutan pertikaian sekerja, patut diberikan perlindungan imuniti seperti di bawah Seksyen 21 dan Seksyen 22 akta itu,” katanya. Hakim Singham juga berkata adalah sangat jelas di bawah seksyen itu bahawa mahkamah tidak sepatutnya
Image
Persidangan Perwakilan Kesatuan ini kali ke 17 telah diadakan pada 28hb. Sept 2011 bertempat di Hotel City Villa Kuala Lumpur. Majlis persidangan telah dirasmikan oleh Sdr. Mohd Khalid b. Hj. Atan selaku President MTUC dan juga merangkap Setiausaha Agong Kesatuan ini. Kesatuan juga telah menerima 3 tetamu dari BWI yang sudi hadir iaitu Sdr. Bert Van Der Spek dan Sdr. Patrik Fonjallaz dari Belanda dan juga mewakili Ibu Pejabat BWI di Geneva dan Sdr. Apolinar Tolintino dari dari Filiphine selaku Wakil BWI kawasan Asia Pacific Dalam ucapan Sdr. Bert dimana beliau menyatakan perjuangan pergerakkan kesatuan sekerja adalah sama mempunyai matlamat dan harapan yang sama, Dengan itu beliau meminta KPPSM menjadi peneraju untuk terus membantu pekerja-pekerja yang tertindas terutama pekerja-pekerja asing. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Sdr. Mohd Khalid kerana telah dipilih semula sebagai ahli jawatankuasa BWI diperingkat Asia Pacific. Dalam ucapan Sdr. Mohd Khalid telah menyentuh tentang
Image
Planning Strategic Workshop anjuran BWI-TEUPM telah diadakan pada 27hb. Sept 2011 bertempat diHotel City Villa Kuala Lumpur, 42 peserta telah menghadirinya dimana ianya difokuskan kepada perancangan yang perlu diatur bagi menghadapi dugaan dan cabaran dimasa-masa mendatang. Pelbagai pandapat dan pandangan telah dilontarkan oleh peserta dan memandangkan waktu yang diperuntukkan terlalu singkat ianya menghadkan perbincangan yang lebih banyak dapat dilakukan. Dengan itu telah dicadangkan supaya pihak Kesatuan mengadakan lagi workshop sebegini dalam masa yang terdekat bagi membulehkan satu perancangan yang lebih teratur dapat digariskan demi untuk meningkatkan kekuatan Kesatuan dalam menangani cabaran dimasa kini dan hadapan.
Image
Mesyuarat Agong Cawangan Klang Pada 10 April 2011.Bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Klang, Selangor. Ini adalah AGM Cawangan yang pertama pada penggal ini. Sebelah kanan Sdr. Ramesh selaku Setiausaha Bahagian Corinthian, Sdr. Mohd Suhaimi selaku Pengerusi Bahagian Corinthian, Sdr. Nor Azlan Yaacob selaku Setiausaha Kewangan, Sdr. Saharuddin Mohammad bekas Setiausaha Cawangan Klang, Sdr. Zulkifle selaku Pengerusi Cawangan,Sdr. Saharuddin Matal selaku Setiausaha Cawangan dan Sdr. Baharuddin Ali selaku Penolong Setiausaha Cawangan. Mesyuarat bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 1.30 tengahari, Hampir sebahagian besar Ahli Jawatankuasa yang dilantik samaada diperingkat Bahagian atau Cawangan adalah muka-muka baru dan dengan perubahan ini adalah diharapkan satu perubahan dapat dilakukan untuk memartabatkan hak-hak pekerja.
Pampasan pekerja: MTUC mahu jumpa SSM KUALA LUMPUR 20 Nov. — Pekerja di negara ini kerugian berjuta-juta ringgit setiap tahun apabila perintah pembayaran yang dibuat oleh mahkamah buruh dan industri 'tidak mempunyai sebarang nilai' kerana ia tidak dapat dikuatkuasakan kerana terdapat kelemahan pada Akta Syarikat 1965. "Selalunya, perintah berkenaan hanya wujud di atas kertas, terutama apabila sesebuah syarikat diubah namanya, sudah tidak aktif atau sudah gulung tikar. "Dalam keadaan begini, perintah pembayaran itu tidak dapat dikuatkuasakan dan pekerja terbabit tidak mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat, tapi tiada apa yang boleh dilakukan," kata Naib Presiden MTUC A. Balasubramaniam. Beliau berkata, dalam kes di mana syarikat terbabit dikenakan penggulungan, keutamaan akan diberi kepada pemiutang, manakala tuntutan pekerja paling sedikit diberi perhatian. Sehubungan itu, kata Balasubramaniam, tidak lama lagi MTUC akan mengadakan perjumpaan dengan Suruhanjay
Pengawal terima gaji baru akhir bulan ini 12/01/2011 2:33pm KUALA LUMPUR, 12 Jan. - Lebih daripada 100,000 pengawal keselamatan di negara ini dijangka menerima gaji minimum RM700 pada hujung bulan ini. Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Datuk Sheikh Yahya Sheikh Mohammed berkata, kerajaan tidak berganjak daripada keputusan bahawa pelaksanaan gaji minimum itu adalah pada 1 Januari lepas. Jika ada pengawal keselamatan tidak menerima gaji baru pada 31 Januari ini, mereka harus bertanya kepada majikan dan membuat laporan kepada Pejabat Tenaga Kerja berhampiran sekiranya masih tidak ada perubahan selepas itu, katanya di sini hari ini. Sheikh Yahya berkata, jabatan itu telah berjumpa dengan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia bagi menjelaskan keputusan kerajaan tersebut. Sementara itu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyambut baik keputusan kerajaan tersebut yang seiring dengan salah satu resolusi yang dibuat mereka pada persidangan bulan lepas. - Bernama