Posts

Showing posts from April, 2007
Pemandu maut dihempap balak 06-04-2007 05:48:37 PM ALOR STAR: Seorang pemandu lori terbunuh dihempap sebatang kayu balak yang sedang diturunkan dari lori di sebuah kilang papan di Jabi, dekat sini, hari ini. Kong Lan Onn, 51, dari Rantau Panjang, Kelantan mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Rakan sekerja mangsa, Lim Ah Chai, 48, berkata kejadian berlaku 8.30 pagi tadi ketika dia dan Kong baru sahaja tiba di kilang tersebut setelah mengambil balak dari Batu Lima, Sik. "Semasa dia membuka rantai yang mengikat kayu balak terbabit, sebatang daripada 22 kayu balak di atas lori itu menggelongsor dan terus menghempapnya," kata Lim semasa ditemui di kilang berkenaan. Ketua Polis Daerah Kota Star ACP Zainal Abidin Kassim ketika dihubungi berkata kes itu diklafikasikan sebagai kemalangan biasa. BERNAMA