Posts

Majikan bertanggungjawab bayar levi pekerja asing mulai 1.1.2017

TPM: Majikan bertanggungjawab bayar levi pekerja asing mulai esok. Majikan bertanggungjawab sepenuhnya untuk membayar levi pekerja asing berkuat kuasa esok (1 Jan 2017) di bawah Komitmen Mandatori Majikan (EMC), kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata EMC bertujuan memastikan majikan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pekerja asing yang digajikan bermula dari peringkat permohonan, penggajian dan sehinggalah pekerja asing tersebut dihantar pulang ke negara asal. "Bermula dari tempoh ini, majikan tidak lagi dibenarkan untuk membuat potongan gaji pekerja bagi menampung pembayaran levi," katanya dalam kenyataan, di Putrajaya hari ini. Menurutnya perubahan dasar itu akan meletakkan majikan lebih bertanggungjawab dalam menjaga pekerja mereka, sekali gus mengelak isu pekerja asing lari, bertukar sektor secara haram serta tinggal lebih masa dan menjadi pendatang asing tanpa izin (PATI).

6000 pekerja GLC & MKD Diberhentikan

Image
Lebih 6,000 pekerja GLC, MKD diberhentikan   Malaysiakini – 26 Oktober 2016 Lebih 6,000 orang yang bekerja dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta syarikat milik kerajaan di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan (MKD) kehilangan pekerjaan masing-masing tahun ini. Menurut Kementerian Kewangan daripada jumlah itu 5,134 adalah pekerja yang berkhidmat di bawah GLC. Seramai 4,682 diberhentikan atau tidak disambung kontrak oleh Malaysia Airlines Systems Bhd (MAS) manakala selebihnya dari Malaysia Airlines Berhad (dua orang), Kumpulan Affin (146); Boustead Holdings Bhd (151) dan Chemical Company of Malaysia Bhd (153 people). Sementara itu dua syarikat di bawah MKD turut mengambil langkah sama, membabitkan seramai 1,000 kakitangan yang bertugas di bawah Petroliam Nasional Bhd (Petronas) manakala 36 lagi dari Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank). "Pemberhentian pekerja ini disebabkan beberapa faktor termasuk penamatan operasi syarikat, penggabung