Posts

Showing posts from November, 2012
Gaji minimum: permohonan penangguhan 4,500 syarikat diteliti November 04, 2012 SEGAMAT, 4 Nov — Majlis Perundingan Kebangsaan mengenai pelaksanaan skim gaji minimum sedang meneliti permohonan daripada 4,500 syarikat yang meminta penangguhan sementara bagi pelaksanaan skim itu, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam. Beliau berkata hanya syarikat yang terlibat dalam bidang tertentu sahaja yang mungkin akan mendapat penangguhan sementara manakala yang lainnya tetap tertakluk kepada peraturan tersebut yang akan bermula Januari tahun depan. “Kita sedang teliti permohonan majikan yang terlibat dalam bidang Perusahaan Kecil dan Sederhana yang memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan skim gaji minimum itu. “Namun begitu, kebanyakan majikan termasuk anggota Persatuan Peladangan Malaysia (MAPA) setuju untuk memulakan skim ini mulai 1 Januari 2013,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan karnival Skills Malaysia Daerah Segamat-Jom Mahir di Dewa