Posts

Showing posts from September, 2008
Tuesday, September 16, 2008 Syed Hamid - Pekerja Tempatan perlu diutamakan PUTRAJAYA 4 Sept — Kementerian Dalam Negeri akan memastikan tenaga kerja tempatan diberi keutamaan sebelum meluluskan sebarang permohonan untuk mengambil pekerja asing, kata Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar. Beliau berkata, kementerian itu akan merujuk terlebih dahulu kepada pangkalan data Kementerian Sumber Manusia berhubung sebarang permohonan untuk pengambilan pekerja asing, bagi memastikan sama ada masih wujud tenaga kerja tempatan yang boleh dibekalkan kepada syarikat berkenaan. "Kita juga akan melihat kepada laporan yang mengatakan bahawa memang tidak ada pekerja tempatan yang terlatih atau jawatan yang diperlukan sebelum kita meluluskan untuk pengambilan pekerja asing," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Selain itu Syed Hamid berkata, kementerian juga akan memastikan permintaan terhadap pekerja asing aadalah mengikut nisbah yang ditetapkan. "Dalam tiap-tiap sektor kita teta