Posts

Showing posts from May, 2009
Kajian Tabung Pemberhentian Pekerja Siap Akhir Tahun Ini KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Penubuhan Tabung Pemberhentian Pekerja akan dapat direalisasikan setelah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menyiapkan keputusan laporan kajian risiko mengenainya akhir tahun ini. Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam berkata, apabila laporan itu siap kelak, pihaknya akan mengemukakan cadangan mengenainya kepada Kabinet untuk tindakan lanjut. "Kementerian telah minta ILO yang mempunyai kepakaran aktuari dalam hal ini untuk membuat kajian dengan mengenal pasti keadaan yang ada di negara kita, dan seterusnya mencadangkan satu sistem serta pelaksanaan yang sesuai. "Kita mempunyai sikap yang terbuka mengenai hal ini, kalau apa yang dicadangkan ILO sesuai dengan kehendak negara dan sesuai dilaksanakan, kerajaan sudi untuk melaksanakannya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat perwakilan MIC Bahagian Titiwangsa di sini hari ini. Beliau diminta mengulas mengenai p