Posts

Showing posts from 2008
Untuk renungan bersama Adakah kita buleh terima Pendapat sebegini!!! Pekerja Asing VS Pekerja Tempatan Oleh: Kipp 23 Dis 2008 Apa akan jadi jika tiada pekerja asing di negara kita? Anda sendiri boleh jawab. Secara asasnya aku juga tak suka pekerja asing ni, tapi mahu tak mahu aku terpaksa akur bahawa rakyat tempatan susah nak bekerja. Maksud aku disini apabila kita bincang mengenai gaji dan sikap . Aku sendiri memang menghadapi masalah seperti ni setiap hari. Gaji nak banyak, tapi kerja berkira. Disuruh buat itu, diungkit hal ini, dimarah sikit, terus merajuk. Kalau hasad dengki dan iri hati tu dah jemu aku tengok. Kerja sekejap nak bergaduh. Orang tu tak buat kerja, orang ni tak buat kerja. Susah sebenarnya nak kawal pekerja tempatan jenis ni. Bersyukur kalau dapat yang jenis ’sedar diri’.
Tuesday, September 16, 2008 Syed Hamid - Pekerja Tempatan perlu diutamakan PUTRAJAYA 4 Sept — Kementerian Dalam Negeri akan memastikan tenaga kerja tempatan diberi keutamaan sebelum meluluskan sebarang permohonan untuk mengambil pekerja asing, kata Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar. Beliau berkata, kementerian itu akan merujuk terlebih dahulu kepada pangkalan data Kementerian Sumber Manusia berhubung sebarang permohonan untuk pengambilan pekerja asing, bagi memastikan sama ada masih wujud tenaga kerja tempatan yang boleh dibekalkan kepada syarikat berkenaan. "Kita juga akan melihat kepada laporan yang mengatakan bahawa memang tidak ada pekerja tempatan yang terlatih atau jawatan yang diperlukan sebelum kita meluluskan untuk pengambilan pekerja asing," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Selain itu Syed Hamid berkata, kementerian juga akan memastikan permintaan terhadap pekerja asing aadalah mengikut nisbah yang ditetapkan. "Dalam tiap-tiap sektor kita teta
Image
Dr Denison: Kadar kemiskinan M'sia 30% Siti Nurul Zahra Hamdan | Jun 17, 08 5:02pm Kadar kemiskinan di Malaysia sebenarnya lebih 30 peratus dan bukannya 5.7 peratus sepertimana yang diumumkan oleh kerajaan, kata Presiden Yayasan Strategik Sosial, Dr Denison Jayasooria. Beliau yang juga pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia berkata, ini kerana kaedah yang digunakan sekarang untuk mengira Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) negara adalah tidak tepat. Katanya, kaedah kerajaan mengira PGK sekarang hanya melibatkan keperluan asas seperti yang dilakukan oleh negara-negara miskin, tanpa mengambilkira taraf hidup isi rumah. Dr Denison berkata, kalau semua itu diambil kira, maka kadar kemiskinan rakyat negara ini lebih 30 peratus berikutan keadaan semasa dan kenaikan kos sara hidup. "Pada pandangan saya, kini terdapat lebih 30 peratus mereka yang miskin dinegara ini, lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi semasa, dan bukannya hanya 5.7peratus (seperti yang diumumkan kerajaan),"