Posts

Showing posts from February, 2007
PUTRAJAYA, 13 Feb (Bernama) -- Rang Undang-undang Pekerja Asing akan dibentangkan di Parlimen bulan depan, yang akan merintis jalan bagi Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri untuk mengawal dan menguruskan kesemua 1.9 juta pekerja asing di negara ini. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad berkata draf rang undang-undang itu kini di peringkat akhir. "Rang undang-undang itu akan membolehkan kementerian mengawal pekerja asing mulai hari mereka memasuki negara ini sehinggalah hari mereka meninggalkan negara ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya di Ibu pejabat Jabatan Imigresen di sini. Ketika ini, pengambilan pekerja asing sebagai pembantu rumah berada di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia meskipun pengeluaran permit kerja dilakukan oleh Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri. Program Malaysia Rumah Keduaku pula di bawah Kementerian Pelancongan tetapi terdapat kes apabila sesetengah warga asing yang menda