Posts

Showing posts from February, 2009
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Kerajaan telah memberhentikan pengambilan pekerja asing dalam sektor pembuatan, dan sektor perkhidmatan keseluruhannya kecuali di bidang masakan dan pembersihan yang masih dibenarkan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar. "Dan sektor perkhidmatan kita tutup keseluruhannya melainkan untuk tukang masak, pembersihan dan resort," katanya ketika menjawab soalan tambahan M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat). Beliau berkata kerajaan juga telah memberhentikan penyumberan luar yang tidak ada kerja kerana menyusahkan dan membawa kesan yang tidak baik kepada kerajaan. "Oleh itu, dari semasa ke semasa kita akan meneliti apakah cara dan kaedah yang terbaik untuk menjamin bahawa orang yang betul-betul mempunyai kerja dan diperlukan, selaras dengan dasar pengambilan kita," katanya. Kulasegaran mendakwa bahawa penyumberan luar telah disalahgunakan oleh kerajaan walhal ada ramai di antaranya yang tidak patut masuk ke negara ini telah ma