Posts

Showing posts from May, 2010
Majikan Perlu Pentingkan Pekerja Tempatan, KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu meminta semua majikan agar pentingkan pekerja tempatan dengan memberi keadilan dengan memberi upah yang sewajarnya. Katanya, majikan sepatutnya mencari jalan untuk tingkatkan produktiviti pekerja tempatan, dan bukannya mencari jalan mudah membawa pekerja asing dengan mengorbankan pekerja tempatan. "Ini tidak wajar dilakukan. Jangan salahkan kerajaan kalau kita tidak meluluskan tambahan pengimportan pekerja asing. "Kita nak lihat bagaimana pekerja-pekerja tempatan boleh diberi keutamaan dalam pertimbangan mereka (majikan)," katanya. Beliau berkata demikian semasa merasmikan sambutan Hari Pekerja 2010 anjuran Kementerian Sumber Manusia di Mines Resort City, Seri Kembangan dekat sini pada Sabtu. Najib berkata di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), kerajaan akan mewujudkan satu skim baru
Penubuhan Kesatuan Sekerja Elektronik Tingkat Imej Kerajaan Oleh Sajad Hussein KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) -- Kelulusan kerajaan untuk membenarkan penubuhan Kesatuan Sekerja Industri Elektronik akan meningkatkan imej kerajaan di kalangan pertubuhan pekerja di dalam dan luar negara. Isu ini telah menjadi duri dalam daging bagi kerajaan sejak awal 70-an apabila syarikat elektronik antarabangsa mula bertapak di negara ini. Para pekerja yang diwakili Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah menunjuk perasaan, membantah dan membuat aduan kepada Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) sejak 40 tahun lalu ekoran kengganan kerajaan membenarkan pekerja sektor elektronik berpersatuan. "Pada setiap persidangan antarabangsa ILO, Menteri Buruh Malaysia telah dikritik dan disoal mengenai isu ini sementara di peringkat tempatan, perbahasan hangat turut berlaku pada setiap mesyuarat pekerja," menurut ahli veteran kesatuan sekerja dan bekas presiden MTUC, Datuk Zain
Kesatuan Kuat Prasyarat Capai Sasaran MEB, Kata MTUC PETALING JAYA, 27 April (Bernama) -- Kesatuan yang kuat dan berkesan adalah prasyarat untuk Malaysia mencapai status sebuah negara berpendapatan tinggi, menurut Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC). Setiausaha agungnya G. Rajasegaran berkata industri perbankan adalah satu contoh yang baik dengan kadar berperkesatuan yang tinggi di mana semua pekerja termasuk eksekutif dilindungi dengan perjanjian kolektif. Dengan ini, produktiviti dan keuntungan juga adalah antara yang tertinggi dalam sektor perbankan, kata beliau kepada Bernama. Katanya industri perbankan juga telah menunjukkan bahawa dengan melabur dalam teknologi dan penempatan sumber manusia berkesan, tidak memerlukan pekerja asing yang pada suatu ketika adalah industri yang banyak menggunakan buruh. Bank-bank Malaysia kini boleh bersaing dengan jayanya dan diperluaskan di rantau ini, tambah beliau. Rajasegaran berkata ini selaras dengan objektif MEB ya
Produktiviti Pekerja Meningkat Dengan Gaji Minimum - MCA KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Penubuhan Majlis Penetapan Gaji Minimum bukan sahaja meningkatkan taraf kehidupan golongan pekerja malah ia juga memacu produktiviti dan merangsang inovasi bagi menjana ekonomi negara. Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek berkata dengan gaji berpatutan, produktiviti akan meningkat dengan perubahan sikap yang lebih baik terhadap kerja serta membolehkan mereka membiayai perbelanjaan hidup. "Perubahan sikap serta bantuan latihan dan pelaburan dalam bidang teknologi akan membantu Malaysia mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing yang murah dan mahir untuk memacu ekonomi negara," katanya dalam perutusan sempena Hari Pekerja pada Sabtu. Beliau juga mencadangkan sektor pertumbuhan pesat khususnya sektor yang banyak bergantung kepada tenaga pekerja asing perlu memperkenalkan tahap gaji minimum. "Ini disusuli oleh kerajaan memberi insentif seperti geran at
Isu Kenaikan Gaji Pengawal Keselamatan Diputuskan Minggu Depan KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Permintaan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia untuk menangguhkan pelaksanaan gaji pengawal keselamatan yang dijadual bermula 1 Julai akan diputuskan pada hujung minggu depan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam. "Kita akan membuat satu kenyataan tentang isu itu pada hujung minggu depan pada hari Khamis atau Jumaat di mana segala isu mengenai hal ini akan dijelaskan," katanya pada sidang media selepas merasmikan perhimpunan anjuran Sri Murugan Centre di dewan Pandu Puteri, Brickfields di sini. Beliau berkata demikian ketika mengulas permintaan persatuan itu pada Khamis lepas supaya menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji pengawal ke tahun depan. Penangguhan itu bagi membolehkan syarikat keselamatan merundingkan semula kontrak dengan pihak yang menggunakan perkhidmatan mereka. Ketika ditanya sama ada pihaknya sudah menerima memo
Majikan Sektor Industri Diminta Pastikan Gaji Pekerja Tidak Terlalu Rendah KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Para majikan dalam sektor industri diminta supaya melakukan sesuatu bagi memastikan gaji pekerja dalam sektor berkenaan tidak terlalu rendah. Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam berkata ketika ini gaji pekerja sektor ini dilihat cukup rendah, di mana purata gaji asas yang diterima mereka didapati berada sekitar RM550 hingga RM650 sebulan. Katanya beliau berharap pihak majikan dapat menaikkan gaji pekerja mereka secara sukarela tanpa menunggu arahan daripada kerajaan, kerana jika tidak, ia akan mengakibatkan jumlah golongan miskin dalam negara bertambah. Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu persidangan media selepas merasmikan perhimpunan anjuran Sri Murugan Centre di dewan Pandu Puteri, Brickfields di sini, ketika mengulas mengenai kajian yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia berhubung penetapan kadar gaji minimum