Posts

Showing posts from 2010
Khalid ousts Syed Shahir for MTUC presidency December 29, 2010 PETALING JAYA, Dec 29 – Khalid Atan’s politically-neutral team swept aside several incumbents tonight including president Syed Shahir Syed Mohamud for three top posts in the national union centre, Malaysian Trades Union Congress (MTUC). Khalid, who was deputy president, beat the Kelana Jaya PKR chief who was trying for his third term as president after toppling Datuk Zainal Rampak in 2004. Khalid received 255 votes against Syed Shahir who took 213 votes in a victory that is seen to benefit the ruling Barisan Nasional (BN) federal government. The MTUC is seen as a key organisation for votes between BN and the Pakatan Rakyat (PR) which is led by PKR’s de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim. Khalid’s team mate Halim Mansor took the powerful secretary-general’s post by defeating Kuala Langat MP Abdullah Sani Abdul Hamid and J. Solomon. Halim took 188 votes, Solomon 117 while Sani received 165 votes. Khalid’s team also took th
MTUC: Dunia belum berakhir saya tak kecewa, kata Syed Shahir Oleh G Manimaran December 29, 2010 Khalid Atan (tengah) berucap dengan diapit barisan pemimpin baru MTUC. Di sebelah kiri beliau ialah Halim Mansor dan kanan pula Mohd Jafar Majid iaitu timbalan presiden. PETALING JAYA, 29 Dis – Syed Shahir Syed Mohamud yang gagal mempertahankan jawatan presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menerima keputusan perwakilan tetapi menegaskan, beliau tidak kecewa dengan hasil pemilihan hari ini. “Sebenarnya kalau saya kecewa, saya tidak akan berada di sini dan bercakap dengan anda semua (pemberita),” kata beliau kepada pemberita selepas keputusan pemilihan MTUC 2010-2013 diumumkan di Wisma Peladang di sini malam ini. Hanya beliau seorang sahaja, calon yang kalah dari pasukannya berada di dewan ketika keputusan diumumkan. Beliau ditewaskan oleh muka baru persaingan jawatan presiden Khalid Atan yang memperoleh 255 undi. Syed Shahir yang menewaskan Datuk Zainal Rampak enam tahun yang lalu
MTUC diterajui pemimpin baru Oleh NORILA DAUD pengarang@utusan.com.my Mohd. Khalid Atan (kiri) dipilih sebagai Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menewaskan Syed Shahir Syed Mohamud pada persidangan perwakilan kongres tersebut di Petaling Jaya, semalam. PETALING JAYA 29 Dis. – Ahli-ahli Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menghantar petanda jelas bahawa mereka tidak mahu pertubuhan itu diterajui oleh ahli politik apabila memilih Mohd. Khalid Atan sebagai presiden barunya pada pemilihan hari ini. Mohd. Khalid yang sebelum ini merupakan Timbalan Presiden MTUC menewaskan penyandang jawatan itu, Syed Shahir Syed Mohamud dengan 42 undi apabila memperoleh 255 undi untuk menerajui MTUC bagi penggal 2010-2013. Syed Shahir adalah ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi calon parti bagi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum Ke-12. Jawatan Setiausaha Agung MTUC pula dimenangi Abdul Halim Mansor daripada Kesatuan Sekerja Petroleum dan Kimia (NUPCIW) dalam pertandingan tig
Mohd Khalid Presiden MTUC Oleh S Anand Kumar anand@bharian.com.my 2010/12/30 MOHD Khalid dijulang selepas diumumkan sebagai Presiden baru MTUC di Petaling Jaya, semalam. MOHD Khalid dijulang selepas diumumkan sebagai Presiden baru MTUC di Petaling Jaya, semalam. Syed Shahir dapat 213 undi gagal pertahan kerusi disandang 2004 PETALING JAYA: Syed Shahir Syed Mohamud gagal mempertahankan jawatan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) buat penggal ketiga apabila tewas kepada timbalannya, Mohd Khalid Atan dalam pertemuan satu lawan satu pada persidangan perwakilan MTUC yang berlangsung di Bangunan Peladang di sini, semalam. Beliau yang menyandang jawatan itu sejak 2004 mendapat 213 undi manakala pencabarnya, Mohd Khalid yang buat pertama kali bertanding jawatan Presiden MTUC menerima 255 undi. Mohd Khalid yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkayuan Malaysia menyandang jawatan Timbalan Presiden MTUC untuk tempoh sepenggal pada 2007 sebelum membuat keputusan berta
Tokoh PKR tewas dalam pemilihan MTUC Mohd Khalid Atan dipilih sebagai presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) setelah mengalahkan penyandang jawatan itu Syed Shahir Syed Mohamud. Mohd Kalid (kanan) mendapat 255 undi manakala bekas bosnya mendapat 213 undi. Sementara regu Khalid, Abdul Halim Mansur juga memenangi kerusi setiausaha agung, mengalahkan regu Syed Shahir, Abdullah Sani Abdul Hamid dan J Solomon. Abdul Halim mendapat 188 undi manakala Abdullah dan Solomon masing-masing 165 dan 117 undi. Sebanyak 479 dikira hari ini. Kedua-dua Syed Shahir dan Abdullah Sani merupakan anggota PKR. Syed Shahir merupakan anggota majlis pimpinan pusat manakala Abdullah Sani merupakan anggota parlimen Kuala Langat. Selepas menerajui MTUC selama dua penggal, Syed Shahir berdepan kritikan kerana membawa pengaruh pembangkang dalam MTUC, menyebabkan ia semakin dijauhi oleh kerajaan pusat. Malaysiakini.com
MTUC tolak Dana Pencen Swasta Okt 20, 10 4:09pm Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa 10 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) supaya tidak menyertai cadangan penubuhan Dana Pencen Swasta tahun depan kerana mendakwa pulangan terhadap pelaburan mereka itu kelak tidak dapat dijamin. "Hasil pulangannya bergantung kepada kuasa pasaran dan ini adalah sangat berisiko untuk pencarum kerana mungkin mereka kehilangan semua simpanan mereka," kata Setiausaha Agung MTUC, G Rajasegaran. Beliau berkata, syarikat insurans telah melobi penubuhan dana tersebut sejak sekian lama dan MTUC telah menolaknya dengan disokong oleh Lembaga KWSP. "Namun kini ia muncul kembali dengan pelobi insurans telah berjaya, berdasarkan pengumuman Kementerian Kewangan bahawa kerajaan bersetuju untuk melantik syarikat insurans mengurus dana berkenaan," katanya. Setiausaha Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa Kementerian Kewangan, Datuk Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, telah mengelu
Gaji minimum swasta dilaksana Jun-Julai 2011 Okt 16, 10 6:13pm Gaji minimum sektor swasta akan dilaksanakan seawal-awalnya pada Jun atau Julai tahun depan, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam. Beliau berkata, bagaimanapun tahap minimum gaji berkenaan hanya akan diputuskan semasa pembentangan cadangan di kabinet pada Mac tahun depan. "Sebelum itu kita akan tubuhkan Majlis Penetapan Gaji Kebangsaan dan sebelum majlis itu ditubuh satu akta akan digubal dan dibentang dalam sesi parlimen akan datang. "Setelah majlis itu dibentuk, ia akan diberi tanggungjawab untuk tentukan cara mana nak tetapkan gaji minimum itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Konvokesyen ke-3 Universiti AIMST, di Sungai Petani hari ini. Subramaniam berkata, penetapan gaji berkenaan akan berdasarkan kepada sama ada di peringkat kebangsaan, wilayah atau sektor. Katanya, kemungkinan semua kaedah itu akan digunakan tetapi ia mesti sesuai dengan keadaan dalam negara selaras d
The Malaysian Insider BN Youth to push for forum on minimum wage issue By Melissa Chi BN Youth Chief Khairy Jamaluddin told reporters that this was an urgent matter which had to be looked into immediately. “So today not only are we urging and demanding for minimum wage, but we want to build an intellectual case for minimum wage in Malaysia,” he said. Khairy said this after a meeting with representatives from the Malaysian Trades Union Congress (MTUC) and the Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs). He said this issue had to be ironed out before the New Economic Model (NEM) is introduced in October. Although Khairy said the date had yet to be confirmed, the forum would be within the next month, he said, hopeful for the presence of the prime minister or his deputy. “There is no point today for us to talk about a higher income economy if we’re still allowing for wages to be offered at far below the poverty line,” Khairy said. He said that a study by the
Peraturan kerja separa masa dikuatkuasa Ogos 16, 10 2:04pm Kerajaan akan menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010 mulai 1 Oktober ini yang memberi jaminan faedah tertentu kepada orang ramai yang bekerja separa masa. Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam berkata peraturan itu, yang telah diwartakan baru-baru ini, adalah bagi memastikan hak dan perlindungan pekerja separa masa daripada segi terma pemburuhan lebih jelas dan menyeluruh. Peraturan tersebut mengandungi formula yang menentukan pembayaran gaji, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Bertemu Pelanggan Kementerian Sumber Manusia di Dewan Alamanda Jasin di Jasin hari ini. Subramaniam berkata peraturan baru ini akan memberi jaminan faedah kepada 6.5 juta orang seperti suri rumah, ibu tunggal, pesara, orang kurang upaya dan pelajar institusi pengajian tinggi yang ingin bekerja secara s
Image
Gaji: 34 peratus pekerja di bawah garis kemiskinan Ogos 5, 10 2:48pm Kajian Kementerian Sumber Manusia mengenai gaji pekerja dalam negara mendapati bahawa hampir 34 peratus daripada kira-kira 1.3 juta pekerja memperolehi pendapatan bulanan bawah RM700. Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam berkata kajian Perolehan Pekerjaan Nasional 2009 memberi penekanan terhadap soal pentingnya tahap gaji ini dinaikkan, terutama selepas kementerian itu mendapati bahawa sukar untuk menyerahkan soal gaji pekerja kepada kuasa pasaran semata-mata. Beliau turut merujuk kepada kajian Bank Dunia yang mendapati bahawa pergerakan gaji di Malaysia hanya mencatatkan pertumbuhan 2.6 peratus setiap tahun sejak 10 tahun lalu berbanding dengan peningkatan kos hidup dalam tempoh itu. "Kerajaan pada dasarnya bersetuju supaya gaji ini perlu dinaikkan," katanya kepada pembe
MTUC Minta Kerajaan Lanjutkan Umur Persaraan Sektor Swasta Kepada 60 PETALING JAYA, 11 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan supaya melanjutkan umur persaraan bagi sektor swasta kepada 60 tahun sebagai langkah untuk mengekalkan modal insan dan meningkatkan produktiviti. Naib Presiden MTUC A Balasubramaniam berkata pada masa ini, sektor swasta mengikut umur persaraan sektor awam sebelum ini iaitu 55 tahun kerana tidak ada undang-undang yang mensyaratkan sektor swasta menetapkan had umur persaraan. Katanya MTUC mencadangkan supaya kerajaan yang bercadang meminda Akta Pekerjaan 1955 supaya memasukkan umur persaraan mandatori 60 tahun. "Kerajaan telah meningkatkan umur persaraan sektor awam kepada 58 tahun tetapi sektor swasta masih lagi pada umur 55 tahun yang nyata masih terlalu muda untuk bersara," katanya kepada Bernama. Beliau berkata majoriti pekerja yang berumur 55 tahun masih sihat dan boleh menyumbang melalui
Kabinet Tangguh Pelaksanaan Gaji Baru Pengawal Keselamatan PUTRAJAYA, 13 Jun (Bernama) -- Kabinet memutuskan untuk menangguhkan sementara pelaksanaan gaji minimum baharu untuk pengawal keselamatan yang dijadualkan pada 1 Julai ini bagi memberi lebih masa kepada pihak industri berkenaan untuk mengemas kini operasi mereka. Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata penangguhan sementara pelaksanaan gaji minimum tersebut di bawah Perintah Peraturan Gaji Minimum Pengawal Keselamatan Swasta bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak adalah susulan daripada permintaan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) kepada pihak kerajaan. Setelah pengumuman dibuat bagi melaksanakan gaji minimum baru pada 1 Julai 2010, Kementerian Sumber Manusia telah menerima maklum balas daripada PPKKM yang memaklumkan bahawa perintah (peraturan Gaji Minimum) tersebut akan memberi implikasi kepada perniagaan mereka terutama berkenaan kontrak sedia ada.
Isu Kilang Kenmark Selesai, 413 Pekerja Dipanggil Bekerja Semula PELABUHAN KLANG, 5 Jun (Bernama) -- Isu lebih 400 pekerja kilang perabot Kenmark Industrial Co (M) Bhd, yang tidak dapat bekerja berikutan penutupan operasi kilang secara tiba-tiba sejak 27 Mei lepas, selesai apabila kilang itu meneruskan operasinya dan kesemua mereka dipanggil bekerja semula mulai Isnin. Pengarah Tenaga Kerja, Jabatan Tenaga Kerja Selangor Fong Khei Por berkata isu itu selesai selepas pihak pengurusan baru dengan wakil pekerja berjaya mencapai kata sepakat dan memutuskan untuk meneruskan operasi. "Apa yang berlaku adalah isu komunikasi dan keadaan panik. Itu yang menyebabkan pekerja tidak mengetahui status mereka sehingga petang Jumaat. Sebenarnya Kenmark Industrial tidak tutup tetapi operasinya dihentikan untuk proses penaksiran aset, sebab itu pekerja tidak dapat bekerja. "Hasil perbincangan, semua pihak bersetuju bahawa pekerja tidak alami apa-apa kerugian dan pihak maji
Kilang Kenmark Henti Operasi Untuk Penaksiran Aset KLANG, 2 Jun (Bernama) -- Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan Rabu berkata operasi kilang perabot Kenmark Industrial Co (M) Bhd diberhentikan sejak Khamis lepas untuk proses penaksiran aset oleh firma audit PricewaterhouseCoopers. Beliau memberitahu JawatanKuasa Bertindak Pekerja Kenmark dalam satu perjumpaan dengan Jabatan Tenaga Kerja Pelabuhan Klang di sini hari ini bahawa Kenmark Industrial belum lagi gulung tikar. Sebaliknya, EON Bank Bhd telah melantik firma audit itu untuk mentaksir aset-aset Kenmark di dalam kilang itu untuk dibuat penilaian sama ada Kenmark perlu ditutup atau distruktur semula kerana tidak menyempurnakan pembayaran hutangnya kepada bank itu. Maznah berkata proses itu baru bermula dan pihaknya tidak dapat menjangkakan bilakah proses itu akan berakhir tetapi beliau memberi jaminan nasib 400 pekerja kilang itu yang sebahagian daripadanya ialah pekerja asing terdiri daripada wa
Selasa Jun 1, 2010 400 Pekerja Terabai Apabila Kilang Perabot Tiba-Tiba Tutup PELABUHAN KLANG: Lebih daripada 400 pekerja kilang perabot, Kenmark Industries sebuah syarikat senaraian awam di sini terabai apabila pemilik syarikat itu gagal dihubungi dan para eksekutif meletakkan jawatan manakala kilang itu ditutup. Bagaimanapun, gaji pekerja berkenaan bagi bulan lepas telah dibayar tetapi mereka langsung tidak diberikan sebarang petunjuk yang kilang itu akan ditutup dan mereka akan kehilangan kerja. Pekerja berkenaan terkejut apabila mendapati pagar kilang itu dikunci apabila mereka datang kerja semalam, menurut Naib Presiden MTUC, A. Balasubramaniam yang berada di kilang itu untuk membantu pekerja. Beliau memberitahu bahawa MTUC akan membantu pekerja memfailkan permohonan bagi mendapatkan faedah pemberhentian kerja. Pekerja terbabit terdiri daripada 200 warga tempatan dan 206 warga asing keb
Majikan Perlu Pentingkan Pekerja Tempatan, KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu meminta semua majikan agar pentingkan pekerja tempatan dengan memberi keadilan dengan memberi upah yang sewajarnya. Katanya, majikan sepatutnya mencari jalan untuk tingkatkan produktiviti pekerja tempatan, dan bukannya mencari jalan mudah membawa pekerja asing dengan mengorbankan pekerja tempatan. "Ini tidak wajar dilakukan. Jangan salahkan kerajaan kalau kita tidak meluluskan tambahan pengimportan pekerja asing. "Kita nak lihat bagaimana pekerja-pekerja tempatan boleh diberi keutamaan dalam pertimbangan mereka (majikan)," katanya. Beliau berkata demikian semasa merasmikan sambutan Hari Pekerja 2010 anjuran Kementerian Sumber Manusia di Mines Resort City, Seri Kembangan dekat sini pada Sabtu. Najib berkata di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), kerajaan akan mewujudkan satu skim baru
Penubuhan Kesatuan Sekerja Elektronik Tingkat Imej Kerajaan Oleh Sajad Hussein KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) -- Kelulusan kerajaan untuk membenarkan penubuhan Kesatuan Sekerja Industri Elektronik akan meningkatkan imej kerajaan di kalangan pertubuhan pekerja di dalam dan luar negara. Isu ini telah menjadi duri dalam daging bagi kerajaan sejak awal 70-an apabila syarikat elektronik antarabangsa mula bertapak di negara ini. Para pekerja yang diwakili Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah menunjuk perasaan, membantah dan membuat aduan kepada Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) sejak 40 tahun lalu ekoran kengganan kerajaan membenarkan pekerja sektor elektronik berpersatuan. "Pada setiap persidangan antarabangsa ILO, Menteri Buruh Malaysia telah dikritik dan disoal mengenai isu ini sementara di peringkat tempatan, perbahasan hangat turut berlaku pada setiap mesyuarat pekerja," menurut ahli veteran kesatuan sekerja dan bekas presiden MTUC, Datuk Zain
Kesatuan Kuat Prasyarat Capai Sasaran MEB, Kata MTUC PETALING JAYA, 27 April (Bernama) -- Kesatuan yang kuat dan berkesan adalah prasyarat untuk Malaysia mencapai status sebuah negara berpendapatan tinggi, menurut Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC). Setiausaha agungnya G. Rajasegaran berkata industri perbankan adalah satu contoh yang baik dengan kadar berperkesatuan yang tinggi di mana semua pekerja termasuk eksekutif dilindungi dengan perjanjian kolektif. Dengan ini, produktiviti dan keuntungan juga adalah antara yang tertinggi dalam sektor perbankan, kata beliau kepada Bernama. Katanya industri perbankan juga telah menunjukkan bahawa dengan melabur dalam teknologi dan penempatan sumber manusia berkesan, tidak memerlukan pekerja asing yang pada suatu ketika adalah industri yang banyak menggunakan buruh. Bank-bank Malaysia kini boleh bersaing dengan jayanya dan diperluaskan di rantau ini, tambah beliau. Rajasegaran berkata ini selaras dengan objektif MEB ya
Produktiviti Pekerja Meningkat Dengan Gaji Minimum - MCA KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Penubuhan Majlis Penetapan Gaji Minimum bukan sahaja meningkatkan taraf kehidupan golongan pekerja malah ia juga memacu produktiviti dan merangsang inovasi bagi menjana ekonomi negara. Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek berkata dengan gaji berpatutan, produktiviti akan meningkat dengan perubahan sikap yang lebih baik terhadap kerja serta membolehkan mereka membiayai perbelanjaan hidup. "Perubahan sikap serta bantuan latihan dan pelaburan dalam bidang teknologi akan membantu Malaysia mengurangkan kebergantungan kepada tenaga kerja asing yang murah dan mahir untuk memacu ekonomi negara," katanya dalam perutusan sempena Hari Pekerja pada Sabtu. Beliau juga mencadangkan sektor pertumbuhan pesat khususnya sektor yang banyak bergantung kepada tenaga pekerja asing perlu memperkenalkan tahap gaji minimum. "Ini disusuli oleh kerajaan memberi insentif seperti geran at
Isu Kenaikan Gaji Pengawal Keselamatan Diputuskan Minggu Depan KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Permintaan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia untuk menangguhkan pelaksanaan gaji pengawal keselamatan yang dijadual bermula 1 Julai akan diputuskan pada hujung minggu depan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam. "Kita akan membuat satu kenyataan tentang isu itu pada hujung minggu depan pada hari Khamis atau Jumaat di mana segala isu mengenai hal ini akan dijelaskan," katanya pada sidang media selepas merasmikan perhimpunan anjuran Sri Murugan Centre di dewan Pandu Puteri, Brickfields di sini. Beliau berkata demikian ketika mengulas permintaan persatuan itu pada Khamis lepas supaya menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji pengawal ke tahun depan. Penangguhan itu bagi membolehkan syarikat keselamatan merundingkan semula kontrak dengan pihak yang menggunakan perkhidmatan mereka. Ketika ditanya sama ada pihaknya sudah menerima memo
Majikan Sektor Industri Diminta Pastikan Gaji Pekerja Tidak Terlalu Rendah KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Para majikan dalam sektor industri diminta supaya melakukan sesuatu bagi memastikan gaji pekerja dalam sektor berkenaan tidak terlalu rendah. Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam berkata ketika ini gaji pekerja sektor ini dilihat cukup rendah, di mana purata gaji asas yang diterima mereka didapati berada sekitar RM550 hingga RM650 sebulan. Katanya beliau berharap pihak majikan dapat menaikkan gaji pekerja mereka secara sukarela tanpa menunggu arahan daripada kerajaan, kerana jika tidak, ia akan mengakibatkan jumlah golongan miskin dalam negara bertambah. Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam satu persidangan media selepas merasmikan perhimpunan anjuran Sri Murugan Centre di dewan Pandu Puteri, Brickfields di sini, ketika mengulas mengenai kajian yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Sumber Manusia berhubung penetapan kadar gaji minimum
Kerajaan siasat dakwaan MTUC - Hishammuddin KUALA LUMPUR 12 April - Jabatan Imigresen dan polis telah diminta menghantar laporan berhubung dakwaan terdapat lebih 150,000 pekerja asing tidak dapat pulang ke tanah air selepas visa tamat tempoh kerana pasport mereka dipegang oleh majikan. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, selepas menerima laporan berkenaan barulah beliau dapat mengesahkan kesahihan dakwaan berkenaan. ''Sebenarnya memang majikan tidak boleh memegang pasport mana-mana individu dan ia juga tidak boleh dibuat dengan alasan mengelak pekerja lari. ''Saya difahamkan bahawa dengan memegang pasport ini, masih ada pekerja asing yang lari daripada majikan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), A. Balasubramaniam pada Sabtu lalu bahawa lebih 150,000 pekerja asing yang bekerja di restoran dan kedai kopi tidak da
DEWAN RAKYAT: KDN Proses Dan Lulus 98,916 Pekerja Asing Sehingga 11 Mac Lepas KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri (KDN) memproses dan memberi kelulusan kepada 98,916 pekerja asing bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam lima subsektor perkilangan yang kritikal dalam negara sehingga 11 Mac lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Dalam Negeri Jelaing Mersat berkata berdasarkan rekod, ia membabitkan sektor elektrik dan elektronik (54,844), perabot (17,033), plastik (11,044), sarung tangan getah (10,430) dan tekstil (5,655). Beliau berkata kerajaan membenarkan hampir kesemua pekerja asing itu bekerja di Malaysia dalam tempoh lima bulan di bawah konsep "fast track" bagi memenuhi keperluan kelima-lima subsektor yang dikenal pasti sebagai sektor kritikal yang sangat memerlukan pekerja untuk meneruskan operasi. "Kelulusan ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia (KSM) manakala KDN hanya mempr
Daya Tahan Pekerja Tempatan Tidak Setanding Pekerja Asing PUTRAJAYA, 25 Mac (Bernama) - Daya tahan pekerja tempatan tidak setanding pekerja asing dari negara jiran, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir pada Khamis. "Ia merupakan satu rungutan dari wakil industri dan ia perkara yang merunsingkan kita," katanya kepada media selepas menghadiri Program Outreach Kementeriannya Bersama Institusi Pengajian Tinggi Malaysia di sini. "Ia agak fundamental dan perlu ditangani untuk mengelakkan kita terus bergantungan kepada pekerja asing," katanya lagi. Katanya terdapat sebuah kilang yang telah melatih hampir 1,200 pekerja tempatan selama dua minggu tetapi selepas diterima bekerja hampir 1,000 orang tidak hadir. "Ini merugikan pihak industri selepas memberikan latihan kepada mereka. Gaji telah ditimbangkan tetapi itu juga tidak memadai untuk mereka kekal bekerja." Beliau turut melahirkan keg
Majikan Perlu Tawar Gaji Menarik Kepada Rakyat Malaysia CYBERJAYA, 25 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak mahu para majikan mempertimbangkan untuk menawarkan gaji yang menarik dan berpatutan kepada pekerja rakyat tempatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Perdana Menteri berkata langkah itu berikutan terdapat aduan yang diterima bahawa tahap gaji yang ditawarkan kepada pekerja tempatan tidak begitu menarik. "Jika boleh dipertimbangkan, harap tangga gaji terutama sekali tangga gaji permulaan (menarik) dan memberi insentif serta tangga gaji yang sesuai untuk rakyat yang tidak mempunyai pekerjaan. "Jika beri gaji rendah, akhirnya tidak ada tawaran dan (ini) akan mendesak kerajaan meluluskan pekerja asing," katanya ketika sidang video dengan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, yang berada di Pusat JobsMalaysia Danga Bay Johor Baharu. Terdahulu, Perdana Menteri merasmikan secara serentak 11 JMC di seluruh negara
Tujuh Dasar Baru Hasil Kajian Mengenai Pekerja Asing : Najib KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Tujuh dasar baru telah dilaksanakan hasil satu kajian oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara berhubung kesan kehadiran pekerja asing terhadap ekonomi Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Perdana Menteri berkata antara dasar itu ialah penubuhan pasukan petugas khas oleh Kementerian Dalam Negeri bagi meneliti semula dasar serta prosedur pengambilan pekerja asing secara keseluruhan. "Pusat Kelulusan Setempat juga ditubuhkan untuk memproses permohonan majikan yang lengkap dan layak mengambil pekerja asing yang dianggotai wakil dan pegawai daripada enam agensi berkaitan termasuk KDN, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Sumber Manusia," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) pada persidangan Dewan Rakyat di sini pada hari Isnin. Najib berkata satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Kemen
Mencari Lubuk Emas Di Bumi Malaysia Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Mereka bekerja berkumpulan. Masing-masing, warga Indonesia ini mempunyai kemahiran tersendiri dalam selok belok bertukang rumah, membaiki atap, memasang paip, mengecat dan sebagainya. Asalnya mereka datang ke sini sebagai pekerja binaan. Kemudian mereka mengutip pengalaman untuk bekerja sendiri secara sambilan terutama semasa kontrak masih panjang tetapi kerja di tempat binaan sudah selesai. "Saya datang ke Malaysia semasa berusia 20 tahun pada tahun 1991, bekerja dengan majikan Cina membuat bangunan besar dan tugas saya ialah mengikat batu," kata Nizamuddin atau lebih mesra dipanggil Sayuti Mastor. Selepas tujuh tahun bekerja dengan beberapa majikan, beliau memberanikan diri mengambil upah kerja membaiki rumah. "Saya memang sudah ada asas kerja memasang paip dan memasang wayar di Indonesia. "Tetapi pengalaman dan pengetahuan banyak saya timba di sini
Semua Premis Menggaji Pekerja Asing Akan Diperiksa KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Kerajaan memutuskan untuk mengadakan pemeriksaan bagi semua premis di sektor tertentu yang menggaji pekerja asing dengan seberapa segera, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien. Beliau berkata, fokus pemeriksaan adalah untuk memastikan majikan menjaga kebajikan pekerja asing terutamanya dari aspek pembayaran gaji, tempat tinggal, kesihatan dan persekitaran tempat kerja. "Kita sebenarnya mahu memastikan para majikan sentiasa mematuhi piawaian perburuhan dan langkah-langkah perlindungan yang ditetapkan di bawah dasar serta undang-undang buruh negara," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Agenda Pengurusan Warga Asing Merangkumi Isu Pemerdagangan Orang dan Mesyuarat Khas Pengurusan Warga Asing Peringkat Menteri di Parlimen di sini Rabu. Menurutnya gerakan tersebut melibatkan beberapa pihak, antaranya Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Polis Diraja Mala
Kementerian Sumber Manusia Kenal Pasti Keperluan Kemahiran MEB KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Kementerian Sumber Manusia sedang mengenal pasti bentuk kemahiran diperlukan dalam bidang-bidang yang digariskan dalam Model Ekonomi Baru (MEB) dan yang berkaitan bagi meningkatkan sumber pertumbuhan negara. Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam berkata antara bidang-bidang itu adalah berkaitan teknologi hijau, elektrikal dan elektronik, pelancongan, pertanian dan inovasi berasaskan industri. Dr Subramaniam berkata kementerian telah membentuk sekumpulan pakar industri bagi memberi nasihat mengenai perkembangan kurikulum berkaitan. "... dan selepas itu, kita akan memulakan penyusunan semula kesemua program latihan kami bagi memenuhi keperluan yang dikehendaki," katanya kepada Bernama selepas pelancaran Model Ekonomi Baru (MEB) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini Selasa. MEB akan mengubah ekonomi Malaysia menjadi ekonomi berpendapat
Image
Malaysia hilang 350,000 pekerja mahir Mac 30, 10 4:31pm Situasi modal insan di Malaysia tidak bertambah baik kerana negara kehilangan tenaga kerja mahir yang diperlukan untuk memacu pertumbuhan di masa depan. Banyak tenaga kerja mahir Malaysia meninggalkan negara untuk mencari peluang lebih baik di negara lain dan menurut anggaran Kementerian Sumber Manusia pada 2008 - kira-kira 350,000 dewasa Malaysia bekerja di luar negara, lebih separuh daripadanya lulusan institusi pengajian tinggi. Kehilangan besar-besaran tenaga kerja mahir Malaysia diburukkan lagi dengan hakikat bahawa sistem pendidikan, disebalik modal besar yang diperuntukkan melalui beberapa usaha pembaharuan, tidak mengeluarkan tenaga kerja mahir yang diperlukan secara efektif, kata Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) dalam Laporan Pertama Model Ekonomi Baru bagi
Image
Saksi: Wahid Terima RM50,000 Selepas Luluskan Visa Pekerja 30 Mac, 2010 18:01 PM KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Mahkamah Sesyen di sini Selasa diberitahu bahawa bekas Ketua Pengarah Imigresen Datuk Wahid Md Don menerima RM50,000 setelah mempercepatkan kelulusan visa pekerja Bangladesh pada 2008. Saksi ke-29, Datuk Seri Low Chang Hian berkata wang itu diserahkan ketika berkunjung ke rumah Wahid bersama-sama dengan rakannya 'Mr Sim', iaitu orang yang turut terlibat dalam mendapatkan pekerja asing. Katanya pembayaran itu adalah susulan daripada pembayaran pertama yang dibuat oleh seorang ahli perniagaan, Datuk Zulkafli Maulud sebanyak RM350,000 setelah memperoleh kelulusan visa tersebut. "Sim menghubungi saya untuk berjumpa di rumah Datuk Wahid. Perbincangan turut berkisar mengenai perkara lain, buk