Posts

Showing posts from June, 2007
MTUC wajar kembali ke meja rundingan Rencana Pengarang TIADA siapa dapat menafikan betapa sektor swasta sememangnya memainkan peranan yang penting dalam menjana kemajuan dan kejayaan negara ini sekarang. Satu ketika dulu, masyarakat memandang tinggi sektor swasta kerana menawarkan gaji lumayan dan pada masa yang sama mereka melihat sektor awam yang menawarkan gaji rendah dengan sebelah mata. Tetapi itu dulu. Keadaan sekarang sudah berubah apabila sektor awam dipandang sebaliknya oleh masyarakat berikutan keputusan kerajaan menaikkan gaji kakitangannya mulai Julai ini. Suka atau tidak, keadaan itu menimbulkan rasa cemburu di kalangan kakitangan swasta apabila sahabat mereka bakal mendapat upah lebih lumayan mulai Julai ini. Dengan alasan kenaikan gaji itu memberikan kesan kepada sektor swasta serta inflasi dalam negara, secara tiba-tiba Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengadakan piket di 13 lokasi di seluruh negara semalam. Dua isu menjadi tuntutan utama MTUC iaitu mah
Kerajaan tidak setuju gaji awam, swasta diseragam SEREMBAN 26 Jun – Kerajaan tidak bersetuju dengan tuntutan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) supaya pemberian gaji dalam sektor awam dan swasta diseragamkan. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn berkata, kaedah itu tidak boleh dilaksanakan kerana ia boleh menyebabkan ekonomi negara tidak stabil. “Ini tidak bolehlah dilakukan. Kita telah bersetuju supaya pendekatan pemberian gaji melalui sektor dan mekanisme ini banyak membantu dalam penyelesaian tuntutan gaji. “Kita tidak mahu pendekatan dengan istilah blanket approach, nanti pembantu rumah pun dimasukkan, pekerja sambilan juga begitu. Susahlah... Ini akan menjadikan ekonomi kita tidak bergerak,” kata beliau kepada pemberita selepas majlis pecah tanah pembinaan bangunan baru Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di sini, hari ini. Beliau mengulas tindakan MTUC mengadakan piket bagi menuntut gaji minimum RM900 dan Elaun Sara Hidup (COLA) RM300 untuk pekerja
MTUC jangan ambil tindakan rugikan pekerja – Abdullah Daripada BADRUL AZHAR RAHMAN ROM 26 Jun – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) agar tidak mengambil tindakan yang merugikan golongan pekerja berhubung isu tuntutan gaji minimum pekerja sektor swasta. ‘‘Apa pun kita perlu berbincang dan jangan ambil tindakan-tindakan yang akhirnya merugikan pekerja sendiri,” kata Perdana Menteri ketika mengulas tindakan MTUC yang mengadakan piket di 13 lokasi di seluruh negara semalam. Piket tersebut dijalankan atas alasan kerajaan tidak memberikan maklum balas positif terhadap tuntutan gaji minimum RM900 dan Elaun Sara Hidup (COLA) RM300 untuk pekerja swasta. Abdullah yang dalam rangka lawatan rasmi di Itali berkata, beliau akan meminta laporan lengkap daripada Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn berhubung perkara tersebut. Menurutnya, para majikan kini mengambil kira soal kos tenaga pekerja dan ia amat penting dalam sebarang indust
Senaraikan sektor pekerjaan bawah paras kemiskinan PUTRAJAYA 25 Jun – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) diminta menyenaraikan sektor pekerjaan di negara ini yang dikenal pasti masih menerima gaji di bawah paras kemiskinan secepat mungkin. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Fong Chan Onn berkata, ia bagi membolehkan kerajaan membantu pekerja di sektor terbabit menerima gaji yang sewajarnya selain menikmati syarat-syarat pekerjaan lebih baik. Beliau berkata, ia juga adalah satu kaedah yang paling konstruktif bagi melindungi hak pekerja di negara ini. “MTUC tidak perlu mengadakan piket tetapi sebaliknya bekerjasama dengan kerajaan supaya setiap sektor pekerjaan di negara ini mempunyai Majlis Penetapan Gaji masing-masing. “MTUC pun menyedari keberkesanan peranan yang dimainkan oleh majlis yang setakat ini telah melindungi seramai 1.2 juta pekerja seluruh negara,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefaha
MTUC dibenar buat semakan swasta air Oleh AMIRUDDIN HARUN KUALA LUMPUR 14 Jun – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan 13 yang lain hari ini memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) untuk membuat semakan kehakiman terhadap keputusan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi yang enggan mendedahkan laporan audit dan perjanjian konsesi berhubung penswastaan air di Lembah Klang. Hakim Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim yang membuat keputusan itu setelah mendengar hujah kedua-dua pihak, berpuas hati bahawa permohonan itu bukanlah sesuatu yang remeh dan menyusahkan serta boleh dihujahkan. Berhubung isu locus standi (hak di sisi undang-undang), menurut beliau, ia akan dipertimbangkan bersama merit kes berkenaan. ‘‘Pemohon telah berjaya membuktikan prima facie dalam kes tersebut dan dengan itu kebenaran (seperti yang dipohon) dibenarkan,’’ katanya. Peguam Malik Imtiaz Sarwar yang mewakili pemohon ketika ditemui di luar mahkamah menyatakan, kedua-dua pihak sele
Rundingan kementerian dengan MTUC masih berjalan – Menteri BATU PAHAT 24 Jun – Kementerian Sumber Manusia masih berunding dengan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berhubung penetapan gaji minimum untuk pekerja swasta termasuk di sektor perhotelan. Sehubungan itu, menterinya, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn (gambar) berkata, MTUC tidak perlu meneruskan hasrat mereka untuk mengadakan piket esok. Katanya, kajian juga sedang dilakukan bagi kemungkinan mewujudkan satu lagi majlis gaji untuk sektor-sektor tertentu termasuk Industri Kecil dan Sederhana (IKS). ‘‘Dalam pertemuan dengan MTUC baru-baru ini, saya mencadangkan agar mereka membuat kajian dan cadangan mengenai mana-mana sektor yang dirasakan perlu untuk dilaksanakan penetapan gaji tersebut,’’ katanya ketika dihubungi hari ini. Chan On berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan MTUC mengadakan piket minggu depan sebagai menuntut gaji minimum RM900 dan Elaun Sara Hidup (COLA) RM300 untuk pekerja sektor swasta.
MTUC jadi piket Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI KUALA LUMPUR 24 Jun – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tetap akan berpiket esok bagi menuntut kerajaan menimbangkan gaji minimum RM900 dan Elaun Sara Hidup (COLA) RM300 untuk pekerja sektor swasta. Presidennya, Syed Shahir Syed Mohamad berkata, memandangkan kerajaan tidak memberikan maklum balas positif terhadap tuntutan tersebut selepas tempoh seminggu diberikan, MTUC tidak akan berganjak dengan pendirian asal kesatuan itu. Katanya, bermula pukul 5 hingga 6.30 petang esok, ahli-ahli MTUC akan berkumpul untuk mengadakan piket serentak di lebih 13 lokasi iaitu di Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Bangi, Shah Alam, Klang, Johor, Kuching, Pulau Pinang, Ipoh, Melaka dan Seremban. Beliau difahamkan semua ahli telah bersiap sedia untuk berpiket bagi menuntut hak mereka. ‘‘MTUC kesal kerana mesyuarat yang diatur dengan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn minggu lepas menemui jalan buntu, tiada sebarang keputusan yang menyaki
Mekanisme Untuk Jaga Kebajikan Pekerja Swasta PETALING JAYA, 21 Jun (Bernama) -- Satu mekanisme bagi memelihara kebajikan pekerja swasta akan diperkenalkan tidak lama lagi, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr Fong Chan Onn. Beliau berkata mekanisme itu penting bagi menangani kebajikan pekerja sektor swasta yang pelbagai bidang dan tempoh perkhidmatan yang berbeza mengikut fungsi dan skop tugas masing-masing. "Ada pihak yang menuntut supaya kerajaan menetapkan gaji minimum RM900 dan Elaun Sara Hidup (COLA) RM300 untuk semua pekerja sektor swasta, sedangkan ada antara mereka yang cuma bekerja secara sambilan dan sementara. "Jika ia dilaksanakan, ada majikan yang akan mengalami kerugian besar ekoran tuntutan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pengurusan Sumber Manusia 2007 anjuran Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) di sini hari ini. Justeru pihak kementerian akan terus berbincang dengan pihak berkenaan bagi memast
Jangan Piket, Kata Najib Kepada MTUC PUTRAJAYA, 19 Jun (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), badan induk kesatuan bagi lapan juta pekerja sektor swasta di negara ini, supaya tidak mengadakan piket berhubung permohonan gaji minimum. "Kami berharap mereka (MTUC) tidak akan mengadakannya tetapi terus mengadakan perbincangan dengan kerajaan kerana kita mempunyai pertimbangan tertentu yang perlu difikirkan. "Terdapat banyak akibat timbul dengan gaji minimum tetapi terdapat amalan yang dilakukan industri misalnya industri memutuskan tahap gaji yang boleh diterima tetapi kita masih belum menerima pakai dasar gaji minimum di negara ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Barang-Barang Perlu di sini hari ini. Semalam, MTUC menyerahkan satu memorandum kepada Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta kerajaan meminda Akta Pekerjaan 1955
MTUC Kemuka Memorandum Mengenai Gaji Minimum Ke Pejabat PM PUTRAJAYA, 18 Jun (Bernama) -- Tidak sampai sebulan selepas kerajaan mengumumkan kenaikan gaji bagi kira-kira satu juta kakitangan awam, kini terdapat desakan supaya gaji minimum bagi pekerja sektor swasta diperkenalkan. Ke arah itu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), badan induk bagi lapan juta pekerja dalam sektor swasta Malaysia, mahu gaji minimum ditetapkan pada RM900 manakala Elaun Sara Hidup (Cola) pula RM300 bagi kumpulan ini. MTUC menyatakan perkara itu dalam memorandum yang diserahkan oleh presidennya, Syed Shahir Syed Mohamad, dan setiausaha agung G. Rajasekaran kepada Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini. Bercakap kepada pemberita sebelum menyerahkan memorandum itu kepada Ahmad Yaakob, setiausaha sulit kanan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Syed Shahir berkata sumbangan pekerja berkenaan kepada pertumbuhan ekonomi dan kemajuan negara di samping kerjasama mereka dalam mengekalkan keamanan
Gaji Pokok Terendah Kakitangan Awam Kini Hampir Lepasi Garis Kemiskinan PUTRAJAYA, 21 Mei 2007 (Bernama) -- Gaji pokok terendah kakitangan awam kini hampir melepasi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ekoran daripada kenaikan gaji kakitangan awam mulai 1 Julai ini, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini. Perdana Menteri berkata gaji pokok terendah yang baru ialah RM649.15 sebulan berbanding dengan PGK terkini iaitu RM691 untuk seluruh negara. Gaji pokok terendah iaitu bagi Tukang Masak Gred N1 sekarang ialah RM480.85 dan akan naik 35 peratus kepada RM649.15 sebulan mulai Julai nanti. Jika dicampur imbuhan tetap seperti Imbuhan Tetap Khidmat Awam dan Imbuhan Tetap Perumahan, jumlah pendapatan terendah terbaru golongan itu ialah RM1,024.15 sebulan, kata Abdullah. Jumlah pendapatan itu tidak termasuk Bantuan Sara Hidup (COLA) yang baru antara RM100 dan RM300 bergantung kawasan bertugas kakitangan berkenaan. Sebelum kenaikan gaji itu, pendapatan sebulan kakitangan itu adalah RM805.85