Majikan Perlu Pentingkan Pekerja Tempatan,
Katanya, majikan sepatutnya mencari jalan untuk tingkatkan produktiviti pekerja tempatan, dan bukannya mencari jalan mudah membawa pekerja asing dengan mengorbankan pekerja tempatan.
"Ini tidak wajar dilakukan. Jangan salahkan kerajaan kalau kita tidak meluluskan tambahan pengimportan pekerja asing.
"Kita nak lihat bagaimana pekerja-pekerja tempatan boleh diberi keutamaan dalam pertimbangan mereka (majikan)," katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan sambutan Hari Pekerja 2010 anjuran Kementerian Sumber Manusia di Mines Resort City, Seri Kembangan dekat sini pada Sabtu.
Najib berkata di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), kerajaan akan mewujudkan satu skim baru bagi membantu majikan mengadakan latihan dalaman bagi meningkatkan kemahiran para pekerja, termasuk memiliki kemahiran baru.
Perdana Menteri berkata dengan adanya latihan tersebut, ia bukan sahaja akan meningkatkan lagi kemahiran para pekerja dengan kos yang lebih efektif, malah dengan peningkatan kemahiran, mereka juga mampu menikmati pendapatan yang lebih tinggi.
"Daripada kita pindah mereka ke institusi latihan (untuk menjalani latihan), latihan amali di peringkat shop floor (di tempat kerja), saya percaya merupakan satu pendekatan yang akan meningkatkan lagi kemahiran para pekerja," katanya.
Beliau berkata pekerja yang sanggup mempelajari kemahiran baru serta bersikap inovasi sepanjang masa akan dapat menjulang maruah dan martabat negara sepanjang masa.
"Pekerja-pekerja seperti inilah yang menjadi pemacu dan pencetus transformasi besar negara," katanya.
Dalam amanatnya di hadapan lebih 8,000 warga pekerja berkenaan, Najib berkata Malaysia merupakan antara negara yang terbaik daripada segi rekod hubungan perusahaan berbanding kebanyakan negara-negara lain di dunia.
"Kejayaan ini kerana para pekerja tidak melihat semata-mata dari sudut kepentingan para pekerja sahaja tetapi mengambil kira dan sentiasa membuat pertimbangan...apa yang dikehendaki dan dituntut oleh mereka itu adalah dalam konteks munasabah, wajar dan mampu disediakan oleh pihak majikan mahupun kerajaan," katanya.
Perdana Menteri berkata dengan adanya permuafakatan tiga penjuru antara majikan, pekerja dan kerajaan, ini menjadi titik pertemuan mencari penyelesaian kepada masalah yang timbul dengan semua pihak mengutamakan suasana kerja yang lebih positif dan kondusif.
"Tanpa memilih jalan perbalahan dan konfrontasi dan sebaliknya memilih pendekatan untuk mencari permuafakatan maka para pekerja adalah layak digelar sebagai golongan yang seiringan dengan kerajaan untuk menjadi pemacu transformasi negara Malaysia," katanya sambil disambut tepukan gemuruh.
Hanya empat tindakan perusahaan iaitu mogok dilaporkan pada tahun lepas di Malaysia.

Najib juga menekankan bahawa dengan pendekatan permuafakatan ini, negara berjaya melepasi cengkaman krisis ekonomi global yang hebat itu dan yang mana hari ini bukan semua negara berada pada landasan pemulihan kukuh seperti yang akan dilalui Malaysia.
Malahan, katanya semalam bursa saham seluruh dunia terganggu kerana krisis pinjaman yang terlalu tinggi oleh Greece, sebuah negara Kesatuan Eropah (EU) yang menurut Najib sepatutnya sebuah negara maju tetapi mengalami krisis ekonomi yang tidak mampu ditangani mereka sampai saat ini.
"Kita dapat lihat bagaimana rakyat di Athens dan (tempat lain di) Greece berarak dan membuat rusuhan kerana negara mereka mengalami krisis ekonomi yang amat hebat...kita lihat bagaimana ada negara lain di EU yang ibaratnya macam telur di hujung tanduk kerana keadaan ekonomi mereka amat mencemaskan.
"Tapi negara kita berkat rancangan dan dasar decisive kerajaan dan permuafakatan para pekerja sama sektor awam dan kerajaan yang faham kedudukan kerajaan...pada tahun sudah walaupun tuntut pelbagai perkara tapi bila kerajaan kata tunggu tahun ini bukan tahunnya (buat tuntutan) mereka faham. Mereka kata tak apalah kita terima," katanya.
Najib berkata kalau sekiranya pemulihan ekonomi berjalan rancak, beliau sebagai ketua kerajaan mengamalkan sikap bahawa para pekerja patut mendapat upahan dan gaji yang lebih tinggi dan ini dapat dilihat apabila gaji pekerja Pos Malaysia dinaikkan baru-baru ini.
Najib berkata untuk menentukan hala tuju negara di masa depan, kerajaan telah menggubal Model Ekonomi Baru (MEB) yang merupakan "adik kembar" kepada Program Transformasi Kerajaan (GTP) di mana dalam perjalanan transformasi ini, semua golongan diberikan keutamaan termasuk mereka yang terlibat dengan bidang pertanian atau bekerja sendiri.
Katanya satu daripada kunci utama negara untuk lebih berdaya saing di peringkat global ialah memastikan setiap individu, sama ada pekerja biasa mahupun yang berkelulusan tinggi memiliki kemahiran dan kemampuan yang tinggi.
"Umpamanya kalau 80 peratus pekerja (dalam negara) adalah berkelulusan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), maka ini tidak memadai dalam konteks daya saing secara global. Macam mana kita nak bersaing dengan gergasi (ekonomi) yang lain kalau kita tidak meningkatkan kemampuan modal intelektual dalam negara," katanya.
Najib dalam amanatnya turut beberapa kali mengucapkan terima kasih kepada semua warga pekerja di negara ini di atas sumbangan mereka kepada negara.
Beliau turut berkata tema sambutan Hari Pekerja tahun ini iaitu "Pekerja Berinovasi, Pemacu Transformasi" amat sesuai dengan penekanan yang diberikan kerajaan kepada bidang inovasi bagi menjadikan Malaysia sebuah negara berpendapatan tinggi.
-- BERNAMA
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu meminta semua majikan agar pentingkan pekerja tempatan dengan memberi keadilan dengan memberi upah yang sewajarnya.

Comments