MTUC: Dunia belum berakhir saya tak kecewa, kata Syed Shahir
Oleh G Manimaran
December 29, 2010
Khalid Atan (tengah) berucap dengan diapit barisan pemimpin baru MTUC. Di sebelah kiri beliau ialah Halim Mansor dan kanan pula Mohd Jafar Majid iaitu timbalan presiden.
PETALING JAYA, 29 Dis – Syed Shahir Syed Mohamud yang gagal mempertahankan jawatan presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menerima keputusan perwakilan tetapi menegaskan, beliau tidak kecewa dengan hasil pemilihan hari ini.
“Sebenarnya kalau saya kecewa, saya tidak akan berada di sini dan bercakap dengan anda semua (pemberita),” kata beliau kepada pemberita selepas keputusan pemilihan MTUC 2010-2013 diumumkan di Wisma Peladang di sini malam ini.
Hanya beliau seorang sahaja, calon yang kalah dari pasukannya berada di dewan ketika keputusan diumumkan.
Beliau ditewaskan oleh muka baru persaingan jawatan presiden Khalid Atan yang memperoleh 255 undi.
Syed Shahir yang menewaskan Datuk Zainal Rampak enam tahun yang lalu memperoleh 213 undi.
Sebelum ini Khalid adalah timbalan presiden MTUC.
Bagaimanapun Syed Shahir menekankan bahawa beliau tidak begitu jelas dengan mesej yang cuba hendak disampaikan oleh perwakilan yang memilih calon-calon daripada kedua-dua pasukannya dan kem Khalid memimpin MTUC selama tiga tahun akan datang.
Jawatan presiden, timbalan presiden, setiausaha agung dan timbalan setiausaha kewangan dimenangi calon barisan Khalid manakala yang lain oleh calon direstui Syed Shahir.
“Saya lihat pada barisan mereka yang menang, saya tidak jelas dengan sikap dan pendirian perwakilan,” kata beliau lagi.
Ketika ditanya sama ada akan bertanding lagi pada pemilihan 2013, Syed Shahir berkata, “keputusan, baru lima minit diumumkan”.
“Saya memerlukan masa untuk berfikir, berehat dulu,” kata beliau sambil menambah, kekalahan kali ini bukan bermakna dunianya sudah berakhir.
“Saya pernah kalah beberapa kali sebelum ini tetapi menang kemudian, ini biasa dalam pemilihan,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Khalid pula berkata, beliau akan menggunakan tempoh tiga tahun akan datang untuk memperkukuh dan mewujudkan unifikasi dalam MTUC.
“Saya akan meneruskan perjuangan Syed Shahir selama ini,” katanya pada ucapan penggulungan ringkas selepas keputusan rasmi diumumkan.
Halim yang turut berucap berkata, sehingga pemilihan tadi ada dua kumpulan tetapi mulai sekarang hanya satu pasukan sahaja “atas nama MTUC”.
“Sebagaimana dikatakan sebelum ini, ini adalah pasukan dari pekerja untuk pekerja,” katanya yang menggantikan G Rajasekaran, yang memutuskan untuk tidak bertanding.
Halim merupakan timbalan setiausaha agung selama 12 tahun.
Malaysia insider

Comments