Mohd Khalid Presiden MTUC
Oleh S Anand Kumar
anand@bharian.com.my
2010/12/30
MOHD Khalid dijulang selepas diumumkan sebagai Presiden baru MTUC di Petaling Jaya, semalam. MOHD Khalid dijulang selepas diumumkan sebagai Presiden baru MTUC di Petaling Jaya, semalam. Syed Shahir dapat 213 undi gagal pertahan kerusi disandang 2004
PETALING JAYA: Syed Shahir Syed Mohamud gagal mempertahankan jawatan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) buat penggal ketiga apabila tewas kepada timbalannya, Mohd Khalid Atan dalam pertemuan satu lawan satu pada persidangan perwakilan MTUC yang berlangsung di Bangunan Peladang di sini, semalam.
Beliau yang menyandang jawatan itu sejak 2004 mendapat 213 undi manakala pencabarnya, Mohd Khalid yang buat pertama kali bertanding jawatan Presiden MTUC menerima 255 undi.
Mohd Khalid yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkayuan Malaysia menyandang jawatan Timbalan Presiden MTUC untuk tempoh sepenggal pada 2007 sebelum membuat keputusan bertanding kerusi nombor satu MTUC.
Bagi jawatan Setiausaha Agung MTUC yang menyaksikan cabaran tiga penjuru, Abdul Halim Mansor yang sebelum ini menyandang jawatan timbalan setiausaha agung selama 12 tahun menerima 188 undi menewaskan dua pencabarnya iaitu Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid (165) dan J Solomon (117).
Perebutan jawatan Timbalan Presiden MTUC yang turut menyaksikan persaingan tiga penjuru dimenangi oleh Mohd Jafar Abd Majid daripada Kesatuan Pekerja Telekomunikasi (NUTE) yang menerima 170 undi manakala dua lagi calon iaitu P Maniyam (157) dan Abdul Razak Md Hassan (140).
Persidangan selama dua hari bermula kelmarin dihadiri seramai 475 perwakilan daripada 119 kesatuan gabungan MTUC, antara lain turut menyaksikan hampir 80 peratus jawatan tertinggi MTUC dimenangi oleh kumpulan bekas setiausaha agung, G Rajasekaran.
Sementara itu, Mohd Khalid berkata, beliau akan memastikan kepemimpinan baru yang dipilih perwakilan semalam, akan terus berjuang membela nasib pekerja di negara ini.
“Jika sebelum ini wujud dua kumpulan dalam MTUC, selepas ini kita perlu bersatu-padu demi membela nasib pekerja dan saya akan terus membuat yang terbaik untuk MTUC serta menyelesaikan beberapa masalah pekerja yang tertangguh,” katanya.
Dalam pada itu, Syed Shahir berkata, beliau tidak kecewa apabila gagal mempertahan jawatannya sebaliknya mahu kepemimpinan baru terus melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.
“Saya menghormati keputusan perwakilan dan selama enam tahun memegang jawatan Presiden MTUC, saya beri sumbangan terbaik kepada pekerja di negara ini, sama ada mahu bertanding atau tidak pada masa hadapan, saya belum membuat sebarang keputusan,” katanya.
Rajasekaran yang membuat keputusan untuk tidak lagi mempertahankan kerusi setiausaha agung selepas 17 tahun mendudukinya, berkata beliau sungguh gembira dengan keputusan semalam dan yakin kepemimpinan baru akan terus membela nasib pekerja di negara ini.

Comments