IPOH, 7 Mac (Bernama) -- Krisis ekonomi dunia ketika ini merupakan masa terbaik untuk Malaysia mengambil pendekatan lebih berani bagi mengurangkan pekerja asing yang kini mencecah 2.5 juta orang, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K Devamany.
Beliau berkata kerajaan perlu memperkenalkan dasar lebih serius bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap pekerja asing dan tidak terlalu terbawa-bawa dengan tuntutan para majikan yang lebih mementingkan keuntungan maksimum mereka.
"Krisis ekonomi ini perlu diambil sebagai satu peluang untuk mengubahsuai dasar kemasukan pekerja asing sedia ada demi kepentingan negara. Jangan kita seronok sesaat tapi derita seabad," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Konvokesyen 2009 Pusat Pembangunan Kemahiran Evertronics di sini hari ini.
Beliau berkata ketirisan dan gejala rasuah juga perlu ditangani bagi memastikan usaha dan matlamat mengurangkan pekerja asing kepada 1.8 juta orang pada 2010 bagi memberi peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan akan tercapai.
"Macam mana orang asing senang-senang masuk ke Malaysia? Saya harap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baru ditubuhkan akan berperanan untuk memastikan bahawa kepentingan negara terjamin melalui penguatkuasaan yang lebih rapi dan serius," katanya.
Anggota Parlimen Cameron Highlands itu juga menggesa kerajaan membuat penelitian terhadap kadar gaji di negara ini yang tidak menunjukkan sebarang perkembangan sejak dua dekad lepas.
Beliau berkata sebuah negara yang sedang menuju ke arah negara maju seperti Malaysia mesti memperlihatkan kemajuan dan kadar gaji yang dinikmati oleh rakyatnya.
"Tetapi sejak dua dekad lepas kadar gaji kita tidak berubah dan ini adalah tidak baik dalam hasrat negara kita mencapai status negara maju pada tahun 2020," katanya.
-- BERNAMA

Comments