21,000 pekerja Pakistan di Malaysia
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Seramai 21,000 pekerja Pakistan dibawa masuk ke Malaysia sejak enam tahun lepas, berikutan dengan satu Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh kedua-dua negara pada Oktober 2003 untuk membekalkan tenaga pekerja.
Atase Masyarakat Kebajikan dan Buruh Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Malaysia Nadeem Ashraf berkata kuota sebenar di bawah MoU itu ialah 100,000 pekerja untuk sektor pembinaan, perladangan, pembuatan dan perkhidmatan.
Beliau berkata kuota itu tidak dapat dipenuhi kerana pekerja Pakistan menganggap gaji dan kemudahan yang ditawarkan tidak memuaskan.
"Pekerja Pakistan lebih berminat untuk bekerja di negara-negara Timur Tengah di mana gaji yang ditawarkan sangat menarik dan keadaan kerja yang lebih baik. Malahan negara-negara itu hampir dengan tanah airnya," katanya kepada Bernama di sini.
Menurutnya suruhanjaya itu telah menubuhkan sebuah unit khas untuk membantu pekerja Pakistan untuk menyesuaikan diri dengan cara hidup rakyat Malaysia dan juga menyelesaikan sebarang masalah yang mereka hadapi dengan majikannya.
Beliau berkata mereka juga bekerja rapat dengan Jabatan Imigresen Malaysia bagi memastikan pekerja tersebut memiliki dokumen yang sah.
Nadeem berkata 20 rakyat Pakistan, yang telah tinggal lebih tempoh yang sah, telah dihantar pulang sejak dua bulan lepas.
Suruhanjaya itu juga sedang membantu 90 pekerja lain yang menghadapi masalah yang sama.
-- BERNAMA

Comments