Persidangan Perwakilan Kesatuan ini kali ke 17 telah diadakan pada 28hb. Sept 2011 bertempat di Hotel City Villa Kuala Lumpur. Majlis persidangan telah dirasmikan oleh Sdr. Mohd Khalid b. Hj. Atan selaku President MTUC dan juga merangkap Setiausaha Agong Kesatuan ini.

Kesatuan juga telah menerima 3 tetamu dari BWI yang sudi hadir iaitu Sdr. Bert Van Der Spek dan Sdr. Patrik Fonjallaz dari Belanda dan juga mewakili Ibu Pejabat BWI di Geneva dan Sdr. Apolinar Tolintino dari dari Filiphine selaku Wakil BWI kawasan Asia Pacific

Dalam ucapan Sdr. Bert dimana beliau menyatakan perjuangan pergerakkan kesatuan sekerja adalah sama mempunyai matlamat dan harapan yang sama, Dengan itu beliau meminta KPPSM menjadi peneraju untuk terus membantu pekerja-pekerja yang tertindas terutama pekerja-pekerja asing. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Sdr. Mohd Khalid kerana telah dipilih semula sebagai ahli jawatankuasa BWI diperingkat Asia Pacific.

Dalam ucapan Sdr. Mohd Khalid telah menyentuh tentang perjuangan yang berterusan MTUC dalam isu gaji minima dan pekerja asing.

Persidangan Perwakilan kali ini telah dihadiri seramai 76 perwakilan yang telah dipilih oleh setiap Cawangan dari seluruh semenanjung malaysia. Pelbagai perkara telah dibincangkan dan juga telah mengariskan hala tuju yang lebih memberi tumpuan kepada penambahan ahli dan memantapkan kedudukan kewangan kesatuan.


Comments

Popular posts from this blog