KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Kerajaan telah memberhentikan pengambilan pekerja asing dalam sektor pembuatan, dan sektor perkhidmatan keseluruhannya kecuali di bidang masakan dan pembersihan yang masih dibenarkan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar.
"Dan sektor perkhidmatan kita tutup keseluruhannya melainkan untuk tukang masak, pembersihan dan resort," katanya ketika menjawab soalan tambahan M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat).
Beliau berkata kerajaan juga telah memberhentikan penyumberan luar yang tidak ada kerja kerana menyusahkan dan membawa kesan yang tidak baik kepada kerajaan.
"Oleh itu, dari semasa ke semasa kita akan meneliti apakah cara dan kaedah yang terbaik untuk menjamin bahawa orang yang betul-betul mempunyai kerja dan diperlukan, selaras dengan dasar pengambilan kita," katanya.
Kulasegaran mendakwa bahawa penyumberan luar telah disalahgunakan oleh kerajaan walhal ada ramai di antaranya yang tidak patut masuk ke negara ini telah masuk secara penyumberan luar itu.
Syed Hamid turut membidas anggota parlimen pembangkang itu yang mendakwa kemasukan pekerja asing adalah tidak mengikut polisi dengan penglibatan kroni-kroni Barisan Nasional (BN).
"Bila soal kroni-kroni yang buat, YB selalu buat tuduhan liar.
"Kalau ada bukti-bukti yang menunjukkan ada kesalahan, beritahu dengan kita dan kita akan mengambil tindakan dan sepanjang masa, pemantauan akan dilakukan," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata sektor perladangan dikenakan kadar levi semasa sebanyak RM540 sahaja dan merupakan kadar levi kedua terendah selepas sektor pertanian yang cuma dikenakan kadar levi sebanyak RM360.
Katanya, penetapan kadar ini diputuskan oleh Jawatankusa Kabinet Mengenai Pendatang Asing (JKK-PA) setelah mengambil kira kesukaran majikan untuk mendapatkan pekerja tempatan dalam sektor perladangan dan pertanian atas faktor 3D (dirty, difficult, dangerous).
Beliau berkata penetapan kadar itu berdasarkan kajian yang teliti dan mengambil kira dasar-dasar kerajaan untuk mengurangkan pergantungan terhadap pekerja asing di samping dasar transformasi ke arah mewujudkan industri moden yang tidak terlalu bergantung kepada tenaga buruh asing.
-- BERNAMA

Comments