Untuk renungan bersama
Adakah kita buleh terima Pendapat sebegini!!!

Pekerja Asing VS Pekerja Tempatan

Apa akan jadi jika tiada pekerja asing di negara kita? Anda sendiri boleh jawab.

Secara asasnya aku juga tak suka pekerja asing ni, tapi mahu tak mahu aku terpaksa akur bahawa rakyat tempatan susah nak bekerja. Maksud aku disini apabila kita bincang mengenai gaji dan sikap.

Aku sendiri memang menghadapi masalah seperti ni setiap hari. Gaji nak banyak, tapi kerja berkira. Disuruh buat itu, diungkit hal ini, dimarah sikit, terus merajuk. Kalau hasad dengki dan iri hati tu dah jemu aku tengok. Kerja sekejap nak bergaduh. Orang tu tak buat kerja, orang ni tak buat kerja.

Susah sebenarnya nak kawal pekerja tempatan jenis ni. Bersyukur kalau dapat yang jenis ’sedar diri’. Yang tak ’sedar diri’ tu memang ramai, merayu nak kerja, tapi bila dapat kerja lagak seperti bos.

Kalau prinsip nak guna pekerja tempatan dalam bisnes, satu risiko yang perlu kita ambil ialah ‘turnover‘ yang tinggi. Mereka mungkin hanya bekerja dengan kita tak lama, paling lama setahun, peling sekejap hari masuk kerja, esok berhenti. Kos latihan jadi beban setiap kali nak rekrut pekerja baru. Itulah masalahnya dengan pekerja tempatan.

Lain sedikit ceritanya dengan pekerja asing, selama aku menjadi majikan, ‘turnover‘ aku mula menurun, senang nak ajar mereka sebab mereka ni ’sedar diri’. Cuma mungkin masalah komunikasi agak sedikit susah, tapi lebih susah nak berkomunikasi dengan orang sendiri kalau dah bebal.

Mungkin hasrat kerjaan untuk menutup pendataran pekerja asing di negara ini ada baiknya bagi mengurangkan kebanjiran sanak saudara mereka, tetapi industri Malaysia masih memerlukan pekerja asing untuk terus berniaga. Kalau nak harapkan pekerja tempatan yang ramai tetapi seperti buih-buih ombak dipantai, nampak banyak tetapi tak terus jadi buih, semua meletup hilang bersama air laut.

Comments

Popular posts from this blog