Posts

Sekalung Tahniah

Image
Sekalung Tahniah kepada kedua-dua Penolong Setiausaha Agung iaitu Sdr. Rasdi bin Abu Hanipah dan Puan Suria binti Khamis kerana kejayaan mereka mewaklili Kesatuan ini menghadiri Kursus Train The Trainers selama 9 hari berselang-seli dalam tempoh 2 bulan untuk melayakkan mereka menerima sijil pengiktirafan. Diharapkan dengan pengalaman dan ilmu yang diperolihi tersebut dapat dimanafaatkan untuk kebaikan ahli-ahli dan pembangunan kesatuan.

Kedudukan Sebenar Kewangan NEGARA

Kewangan Kerajaan Pusat genting A Kadir Jasin 4 September 2016 SALAH satu ciri belanjawan yang diidam-idamkan oleh semua negara di dunia dan dituntut oleh badan-badan kewangan antarabangsa adalah keseimbangan di antara hasil dan perbelanjaan. Inilah yang disebut sebagai belanjawan seimbang. Tetapi ia lebih berupa impian daripada kenyataan bagi kebanyakan negara. Dalam keadaan biasa pun ia sukar dicapai apatah lagi dalam suasana ekonomi yang tidak menentu seperti sekarang. Antara matlamat dan ikrar utama Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak apabila mengambil alih teraju Kementerian Kewangan pada akhir tahun 2008 ialah menghapuskan defisit belanjawan secara berperingkat. Kemudian sebagai Perdana Menteri pada tahun 2009 beliau menjadikan belanjawan seimbangan sebagai salah satu matlamat penting Program Transformasi Nasional. Beliau berhasrat mencapai idealisme itu menjelang tahun 2020. Secara amnya, dasar itu menampakkan kemajuan. Defisit belanjawan, iaitu pe...
Image
Kebanjiran pekerja asing ancam penduduk tempatan JOFRI JARAIEE PAS SARAWAK | 06 Disember 2014 . Baru-baru ini Malaysia dan Bangladesh telah bersedia untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala ke tahap lebih tinggi dengan perjanjian yang ditandatangani dalam empat bidang kerjasama. Antara bidang kerjasama berkenaan ialah mengenai pengecualian visa untuk pegawai dan pemegang pasport diplomatik, dua memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang kebudayaan dan pelancongan, serta protokol untuk memudahkan pengambilan pekerja Bangladesh di Sarawak. Dalam sidang itu Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berkata protokol untuk memudahkan pengambilan pekerja Bangladesh itu akan melihat penambahan 12,000 pekerja negara berkenaan tiba di Sarawak pada awal tahun hadapan untuk menampung keperluan 62,000 pekerja yang diperlukan bagi sektor peladangan. Kata beliau: Sekiranya mereka dapat menyesuaikan diri, maka boleh pertimbangkan penambahan pekerja-pekerj...
Incumbent MTUC president Mohd Khalid retains post by patrick lee   -   The Star On line KUALA LUMPUR: Incumbent MTUC president Mohd Khalid Atan retained his post at the triennial delegates conference on Sunday. The deputy's post was won by PKR unionist Abdullah Sani Abdul Hamid. Mohd Khalid received 297 votes to beat incumbent secretary-general Abdul Halim Mansor who garnered 173 votes. The race for the deputy president's post saw a three-cornered fight between Abdullah Sani, who is PKR's Kuala Langat MP, walking away with 213 votes. In 2010, Abdullah Sani failed in his bid to become the MTUC secretary-general. Speaking to reporters, Abdullah Sani said his first course of action would be to form a bipartisan research committee parliamentary caucus to discuss workers' issues. "I will visit all the states to listen to the problems that we will submit to this committee so that they can be debated in Parliament," he said. He added that the issues...
Gaji minimum: permohonan penangguhan 4,500 syarikat diteliti November 04, 2012 SEGAMAT, 4 Nov — Majlis Perundingan Kebangsaan mengenai pelaksanaan skim gaji minimum sedang meneliti permohonan daripada 4,500 syarikat yang meminta penangguhan sementara bagi pelaksanaan skim itu, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam. Beliau berkata hanya syarikat yang terlibat dalam bidang tertentu sahaja yang mungkin akan mendapat penangguhan sementara manakala yang lainnya tetap tertakluk kepada peraturan tersebut yang akan bermula Januari tahun depan. “Kita sedang teliti permohonan majikan yang terlibat dalam bidang Perusahaan Kecil dan Sederhana yang memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan skim gaji minimum itu. “Namun begitu, kebanyakan majikan termasuk anggota Persatuan Peladangan Malaysia (MAPA) setuju untuk memulakan skim ini mulai 1 Januari 2013,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan karnival Skills Malaysia Daerah Segamat-Jom Mahir di Dewa...
Image
Pekerja swasta perlu jalani pemeriksaan berkala selepas usia 40 9 Ogos 2012 Datuk Maznah Mazlan. SEREMBAN - Pekerja sektor swasta dijangka perlu menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala sebaik menjangkau usia 40 tahun, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan. Katanya perkara itu yang sedang di peringkat kajian oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bertujuan mengesan masalah kesihatan dan penyakit di peringkat awal di kalangan pekerja. Beliau berkata jumlah kes membabitkan masalah kesihatan yang dicatatkan di bawah Perkeso meningkat setiap tahun apabila tahun lalu sahaja, Perkeso membayar hampir RM1.8 bilion pampasan serta faedah kepada ahli dan pencarumnya. "J...
Gaji minimum: MTUC kata OK, tuntut Cola Mohd Zulfadli Sharifudin 1 Mei 2012 Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) SUBANG JAYA - Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Khalid Atan menyambut baik gaji minimum RM800 hingga RM900, yang diumumkan kerajaan malam tadi walaupun kadar itu masih rendah berbanding RM1,200 yang dituntut pihaknya sejak lebih satu dekad. Sehubungan itu, badan induk kesatuan ini mahu kerajaan menyediakan Elaun Kos Sara Hidup (Cola) sebagaimana dinikmati oleh kakitangan sektor kerajaan. Presiden MTUC penggal pertama ini berkata, kadar RM800 hingga RM900 adalah satu permulaan yang baik kepada pekerja-pekerja sektor swasta di Malaysia. Semalam, Perdana Menteri, ...
Image
Kerja lebih masa boleh meningkatkan risiko untuk episod kemurungan utama January 28, 2012 Jika anda selalu bekerja lebih masa, anda boleh menggandakan risiko kemurungan, menurut satu kajian British yang baru. - Gambar ihsan Monkey Business Imej / shutterstock.com LONDON, 28 Jan (Bernama) - Dengan sering bekerja berjam-jam di pejabat mungkin meningkatkan risiko anda episod kemurungan yang serius, menurut kajian baru. Menurut kepada penemuan yang diterbitkan dalam jurnal PloS SATU pada hari Rabu, orang-orang yang sering bekerja 11 jam atau lebih setiap hari adalah lebih daripada dua kali ganda lebih berkemungkinan mengalami episod utama kemurungan daripada rakan-rakan yang melekat dengan hari bekerja lapan jam. Penyelidik dari Institut Bahasa Finland Kesihatan Pekerjaan dan Queen Mary University of London diperiksa rekod lebih daripada 2,000 pekerja kolar putih yang berpangkalan di London dalam kajian lima tahun. Tiada rekrut yang m...
Image
Working overtime could boost risk for major depressive episode January 28, 2012 If you regularly work overtime, you could be doubling your risk of depression, according to a new British study. — Picture courtesy of Monkey Business Images/shutterstock.com LONDON, Jan 28 — Regularly working long hours in the office might increase your risk of a serious depressive episode, according to a new study. According to findings published in the journal PloS ONE on Wednesday, people who regularly work 11 hours or more each day are more than twice as likely to experience a major episode of depression than colleagues who stick with an eight-hour work day. Researchers from the Finnish Institute of Occupational Health and Queen Mary University of London examined records of more than 2,000 London-based white-collar workers in a five-year study. None of the recruits had a recent history of depression when they were enrolled in the study. Those wh...
Image
Sumber: Majlis setuju gaji minimum RM770-RM900 ikut tiga zon Oleh G. Manimaran December 20, 2011 KUALA LUMPUR, 20 Dis — Majlis Perundingan Gaji Negara dipercayai telah mencapai kata sepakat mengenai kadar gaji minimum — mengikut tiga zon dengan kadarnya sekitar RM770 hinga RM900 sebulan dan akan diserahkan kepada kerajaan pusat untuk menentukan kadar muktamad dan juga tarikh pelaksanaan. The Malaysian Insider difahamkan kadar itu diputuskan pada mesyuarat majlis itu semalam. Sumber memberitahu bahawa RM900 ditetapkan bagi pekerja-pekerja di Semenanjung, Sabah (RM770) dan Sarawak pula RM780 meliputi semua sektor kecuali pembantu rumah. Difahamkan syor itu diterima oleh kerajaan akan melibatkan sekitar tiga juta pekerja secara langsung dalam waktu terdekat. “Persetujuan ini adalah satu perkembangan yang bersejarah kerana akhirnya, buat setakat ini, semua pihak dalam majlis bersepakat mengenai satu kadar gaji minimum yang boleh...
‘Exit Policy’: Staf kerajaan gagal capai sasaran kerja selama tiga tahun akan dibuang Oleh G Manimaran December 05, 2011 KUALA LUMPUR, 5 Dis — Kakitangan sektor kerajaan yang gagal memperlihatkan atau mencapai prestasi perkhidmatan disasarkan selama tiga tahun berturut-turut akan ditamatkan kerja di bawah Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang bakal dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini. The Malaysian Insider difahamkan, peruntukan baru ini terpakai ke atas keseluruhan 1.3 juta tenaga kerja sektor awam, tidak kira peringkat dan kumpulan perkhidmatan. Sumber memberitahu bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menetapkan empat kategori markah penilaian perkhidmatan iaitu 70 peratus dan ke bawah sebagai syor paras untuk ditamatkan perkhidmatan, 75 peratus ke bawah tiada kenaikan, 85 hingga 95 peratus diberi lapan peratus kenaikan gaji manakala 95 peratus ke atas 15 peratus kenaikan. SBPA menyediakan sistem gaji sa...
Image
Kata dua gabungan MTUC, batal pindaan Akta Kerja atau sedia hilang undi PRU TERKINI @ 08:10:34 PM 02-12-2011 Oleh G Manimaran December 02, 2011 Mohd Roszeli Majid SHAH ALAM, 2 Dis ― Kesatuan gabungan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) petang ini memberi kata dua kepada Putrajaya agar menarik balik Rang Undang-undang Kerja 2011, yang dijadual dibahas di Dewan Negara minggu depan, jika tidak bersedia menghadapi kesan ketika pilihan raya umum ke-13. Presiden Kesatuan Pekerja-pekerja Junior Tenaga Nasional Berhad Mohd Roszeli Majid berkata, jika kerajaan enggan mendengar suara pekerja agar tidak meneruskan peruntukan berkenaan sistem kontraktor tenaga kerja menerusi pindaan ke atas Akta Kerja, para pekerja akan menentukan nasib kerajaan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum nanti. “Tengok apa terjadi ke atas Rang Undang-undang Perhimpunan Aman baru-baru ini, yang diteruskan pembentangan tan...
Image
Presiden MTUC akui sistem kontraktor pekerja boleh hakis undi BN Oleh G Manimaran December 02, 2011 Ahli-ahli kesatuan gabungan MTUC yang menghadiri perhimpunan membantah pindaan Akta Kerja 1955 di Shah Alam petang ini. ― Foto oleh Jack Ooi SHAH ALAM, 2 Dis - Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tidak menolak kemungkinan pindaan Akta Kerja, khususnya yang berkaitan sistem kontraktor tenaga kerja, akan memberi kesan ke atas populariti kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum. Khalid Atan berkata, lazimnya pekerja-pekerja mengharapkan perlindungan daripada kerajaan dan oleh itu, jika ada apa-apa penggubalan ataupun pindaan menjejaskan kepentingan mereka, ia akan mengganggu sokongan atau undi ketika pilihan raya. “Mungkin, mungkin ada,” kata beliau ketika ditanya mengenai kesan sokongan para pekerja, yang dianggarkan lebih lima juta orang merupakan pengundi jika kerajaan enggan memenuhi desakan MTUC a...