Posts

Image
Mahkamah: Kesatuan sekerja ada imuniti, tidak boleh disaman November 24, 2011 KUALA LUMPUR, 24 Nov ― Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan kesatuan sekerja menikmati imuniti mutlak daripada disaman di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959. Hakim Datuk V T Singham berkata Seksyen 22(1) akta itu memberikan perlindungan kepada kesatuan sekerja daripada mana-mana saman yang difailkan di mahkamah, malahan jika pun, wakil kesatuan telah memfitnah pihak satu lagi(majikan). “Mungkin sudah tiba masanya bagi penggubal undang-undang untuk menimbangkan secara serius sama ada perbuatan fitnah tort, jika dilakukan oleh atau mewakili pihak kesatuan sekerja dan malahan jika ia dilakukan ketika sedang dipertimbangkan atau pelanjutan pertikaian sekerja, patut diberikan perlindungan imuniti seperti di bawah Seksyen 21 dan Seksyen 22 akta itu,” katanya. Hakim Singham juga berkata adalah sangat jelas di bawah seksyen itu bahawa mahkamah tidak sepatutnya ...
Image
Persidangan Perwakilan Kesatuan ini kali ke 17 telah diadakan pada 28hb. Sept 2011 bertempat di Hotel City Villa Kuala Lumpur. Majlis persidangan telah dirasmikan oleh Sdr. Mohd Khalid b. Hj. Atan selaku President MTUC dan juga merangkap Setiausaha Agong Kesatuan ini. Kesatuan juga telah menerima 3 tetamu dari BWI yang sudi hadir iaitu Sdr. Bert Van Der Spek dan Sdr. Patrik Fonjallaz dari Belanda dan juga mewakili Ibu Pejabat BWI di Geneva dan Sdr. Apolinar Tolintino dari dari Filiphine selaku Wakil BWI kawasan Asia Pacific Dalam ucapan Sdr. Bert dimana beliau menyatakan perjuangan pergerakkan kesatuan sekerja adalah sama mempunyai matlamat dan harapan yang sama, Dengan itu beliau meminta KPPSM menjadi peneraju untuk terus membantu pekerja-pekerja yang tertindas terutama pekerja-pekerja asing. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Sdr. Mohd Khalid kerana telah dipilih semula sebagai ahli jawatankuasa BWI diperingkat Asia Pacific. Dalam ucapan Sdr. Mohd Khalid telah menyentuh tentang ...
Image
Planning Strategic Workshop anjuran BWI-TEUPM telah diadakan pada 27hb. Sept 2011 bertempat diHotel City Villa Kuala Lumpur, 42 peserta telah menghadirinya dimana ianya difokuskan kepada perancangan yang perlu diatur bagi menghadapi dugaan dan cabaran dimasa-masa mendatang. Pelbagai pandapat dan pandangan telah dilontarkan oleh peserta dan memandangkan waktu yang diperuntukkan terlalu singkat ianya menghadkan perbincangan yang lebih banyak dapat dilakukan. Dengan itu telah dicadangkan supaya pihak Kesatuan mengadakan lagi workshop sebegini dalam masa yang terdekat bagi membulehkan satu perancangan yang lebih teratur dapat digariskan demi untuk meningkatkan kekuatan Kesatuan dalam menangani cabaran dimasa kini dan hadapan.
Image
Mesyuarat Agong Cawangan Klang Pada 10 April 2011.Bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Rantau Panjang, Klang, Selangor. Ini adalah AGM Cawangan yang pertama pada penggal ini. Sebelah kanan Sdr. Ramesh selaku Setiausaha Bahagian Corinthian, Sdr. Mohd Suhaimi selaku Pengerusi Bahagian Corinthian, Sdr. Nor Azlan Yaacob selaku Setiausaha Kewangan, Sdr. Saharuddin Mohammad bekas Setiausaha Cawangan Klang, Sdr. Zulkifle selaku Pengerusi Cawangan,Sdr. Saharuddin Matal selaku Setiausaha Cawangan dan Sdr. Baharuddin Ali selaku Penolong Setiausaha Cawangan. Mesyuarat bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 1.30 tengahari, Hampir sebahagian besar Ahli Jawatankuasa yang dilantik samaada diperingkat Bahagian atau Cawangan adalah muka-muka baru dan dengan perubahan ini adalah diharapkan satu perubahan dapat dilakukan untuk memartabatkan hak-hak pekerja.
Pampasan pekerja: MTUC mahu jumpa SSM KUALA LUMPUR 20 Nov. — Pekerja di negara ini kerugian berjuta-juta ringgit setiap tahun apabila perintah pembayaran yang dibuat oleh mahkamah buruh dan industri 'tidak mempunyai sebarang nilai' kerana ia tidak dapat dikuatkuasakan kerana terdapat kelemahan pada Akta Syarikat 1965. "Selalunya, perintah berkenaan hanya wujud di atas kertas, terutama apabila sesebuah syarikat diubah namanya, sudah tidak aktif atau sudah gulung tikar. "Dalam keadaan begini, perintah pembayaran itu tidak dapat dikuatkuasakan dan pekerja terbabit tidak mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat, tapi tiada apa yang boleh dilakukan," kata Naib Presiden MTUC A. Balasubramaniam. Beliau berkata, dalam kes di mana syarikat terbabit dikenakan penggulungan, keutamaan akan diberi kepada pemiutang, manakala tuntutan pekerja paling sedikit diberi perhatian. Sehubungan itu, kata Balasubramaniam, tidak lama lagi MTUC akan mengadakan perjumpaan dengan Suruhanjay...
Pengawal terima gaji baru akhir bulan ini 12/01/2011 2:33pm KUALA LUMPUR, 12 Jan. - Lebih daripada 100,000 pengawal keselamatan di negara ini dijangka menerima gaji minimum RM700 pada hujung bulan ini. Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Datuk Sheikh Yahya Sheikh Mohammed berkata, kerajaan tidak berganjak daripada keputusan bahawa pelaksanaan gaji minimum itu adalah pada 1 Januari lepas. Jika ada pengawal keselamatan tidak menerima gaji baru pada 31 Januari ini, mereka harus bertanya kepada majikan dan membuat laporan kepada Pejabat Tenaga Kerja berhampiran sekiranya masih tidak ada perubahan selepas itu, katanya di sini hari ini. Sheikh Yahya berkata, jabatan itu telah berjumpa dengan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia bagi menjelaskan keputusan kerajaan tersebut. Sementara itu, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyambut baik keputusan kerajaan tersebut yang seiring dengan salah satu resolusi yang dibuat mereka pada persidangan bulan lepas. - Bernama
Khalid ousts Syed Shahir for MTUC presidency December 29, 2010 PETALING JAYA, Dec 29 – Khalid Atan’s politically-neutral team swept aside several incumbents tonight including president Syed Shahir Syed Mohamud for three top posts in the national union centre, Malaysian Trades Union Congress (MTUC). Khalid, who was deputy president, beat the Kelana Jaya PKR chief who was trying for his third term as president after toppling Datuk Zainal Rampak in 2004. Khalid received 255 votes against Syed Shahir who took 213 votes in a victory that is seen to benefit the ruling Barisan Nasional (BN) federal government. The MTUC is seen as a key organisation for votes between BN and the Pakatan Rakyat (PR) which is led by PKR’s de facto leader Datuk Seri Anwar Ibrahim. Khalid’s team mate Halim Mansor took the powerful secretary-general’s post by defeating Kuala Langat MP Abdullah Sani Abdul Hamid and J. Solomon. Halim took 188 votes, Solomon 117 while Sani received 165 votes. Khalid’s team also took th...
MTUC: Dunia belum berakhir saya tak kecewa, kata Syed Shahir Oleh G Manimaran December 29, 2010 Khalid Atan (tengah) berucap dengan diapit barisan pemimpin baru MTUC. Di sebelah kiri beliau ialah Halim Mansor dan kanan pula Mohd Jafar Majid iaitu timbalan presiden. PETALING JAYA, 29 Dis – Syed Shahir Syed Mohamud yang gagal mempertahankan jawatan presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menerima keputusan perwakilan tetapi menegaskan, beliau tidak kecewa dengan hasil pemilihan hari ini. “Sebenarnya kalau saya kecewa, saya tidak akan berada di sini dan bercakap dengan anda semua (pemberita),” kata beliau kepada pemberita selepas keputusan pemilihan MTUC 2010-2013 diumumkan di Wisma Peladang di sini malam ini. Hanya beliau seorang sahaja, calon yang kalah dari pasukannya berada di dewan ketika keputusan diumumkan. Beliau ditewaskan oleh muka baru persaingan jawatan presiden Khalid Atan yang memperoleh 255 undi. Syed Shahir yang menewaskan Datuk Zainal Rampak enam tahun yang lalu...
MTUC diterajui pemimpin baru Oleh NORILA DAUD pengarang@utusan.com.my Mohd. Khalid Atan (kiri) dipilih sebagai Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menewaskan Syed Shahir Syed Mohamud pada persidangan perwakilan kongres tersebut di Petaling Jaya, semalam. PETALING JAYA 29 Dis. – Ahli-ahli Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menghantar petanda jelas bahawa mereka tidak mahu pertubuhan itu diterajui oleh ahli politik apabila memilih Mohd. Khalid Atan sebagai presiden barunya pada pemilihan hari ini. Mohd. Khalid yang sebelum ini merupakan Timbalan Presiden MTUC menewaskan penyandang jawatan itu, Syed Shahir Syed Mohamud dengan 42 undi apabila memperoleh 255 undi untuk menerajui MTUC bagi penggal 2010-2013. Syed Shahir adalah ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi calon parti bagi Parlimen Pandan pada Pilihan Raya Umum Ke-12. Jawatan Setiausaha Agung MTUC pula dimenangi Abdul Halim Mansor daripada Kesatuan Sekerja Petroleum dan Kimia (NUPCIW) dalam pertandingan tig...
Mohd Khalid Presiden MTUC Oleh S Anand Kumar anand@bharian.com.my 2010/12/30 MOHD Khalid dijulang selepas diumumkan sebagai Presiden baru MTUC di Petaling Jaya, semalam. MOHD Khalid dijulang selepas diumumkan sebagai Presiden baru MTUC di Petaling Jaya, semalam. Syed Shahir dapat 213 undi gagal pertahan kerusi disandang 2004 PETALING JAYA: Syed Shahir Syed Mohamud gagal mempertahankan jawatan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) buat penggal ketiga apabila tewas kepada timbalannya, Mohd Khalid Atan dalam pertemuan satu lawan satu pada persidangan perwakilan MTUC yang berlangsung di Bangunan Peladang di sini, semalam. Beliau yang menyandang jawatan itu sejak 2004 mendapat 213 undi manakala pencabarnya, Mohd Khalid yang buat pertama kali bertanding jawatan Presiden MTUC menerima 255 undi. Mohd Khalid yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkayuan Malaysia menyandang jawatan Timbalan Presiden MTUC untuk tempoh sepenggal pada 2007 sebelum membuat keputusan berta...
Tokoh PKR tewas dalam pemilihan MTUC Mohd Khalid Atan dipilih sebagai presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) setelah mengalahkan penyandang jawatan itu Syed Shahir Syed Mohamud. Mohd Kalid (kanan) mendapat 255 undi manakala bekas bosnya mendapat 213 undi. Sementara regu Khalid, Abdul Halim Mansur juga memenangi kerusi setiausaha agung, mengalahkan regu Syed Shahir, Abdullah Sani Abdul Hamid dan J Solomon. Abdul Halim mendapat 188 undi manakala Abdullah dan Solomon masing-masing 165 dan 117 undi. Sebanyak 479 dikira hari ini. Kedua-dua Syed Shahir dan Abdullah Sani merupakan anggota PKR. Syed Shahir merupakan anggota majlis pimpinan pusat manakala Abdullah Sani merupakan anggota parlimen Kuala Langat. Selepas menerajui MTUC selama dua penggal, Syed Shahir berdepan kritikan kerana membawa pengaruh pembangkang dalam MTUC, menyebabkan ia semakin dijauhi oleh kerajaan pusat. Malaysiakini.com
MTUC tolak Dana Pencen Swasta Okt 20, 10 4:09pm Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa 10 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) supaya tidak menyertai cadangan penubuhan Dana Pencen Swasta tahun depan kerana mendakwa pulangan terhadap pelaburan mereka itu kelak tidak dapat dijamin. "Hasil pulangannya bergantung kepada kuasa pasaran dan ini adalah sangat berisiko untuk pencarum kerana mungkin mereka kehilangan semua simpanan mereka," kata Setiausaha Agung MTUC, G Rajasegaran. Beliau berkata, syarikat insurans telah melobi penubuhan dana tersebut sejak sekian lama dan MTUC telah menolaknya dengan disokong oleh Lembaga KWSP. "Namun kini ia muncul kembali dengan pelobi insurans telah berjaya, berdasarkan pengumuman Kementerian Kewangan bahawa kerajaan bersetuju untuk melantik syarikat insurans mengurus dana berkenaan," katanya. Setiausaha Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa Kementerian Kewangan, Datuk Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, telah mengelu...
Gaji minimum swasta dilaksana Jun-Julai 2011 Okt 16, 10 6:13pm Gaji minimum sektor swasta akan dilaksanakan seawal-awalnya pada Jun atau Julai tahun depan, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam. Beliau berkata, bagaimanapun tahap minimum gaji berkenaan hanya akan diputuskan semasa pembentangan cadangan di kabinet pada Mac tahun depan. "Sebelum itu kita akan tubuhkan Majlis Penetapan Gaji Kebangsaan dan sebelum majlis itu ditubuh satu akta akan digubal dan dibentang dalam sesi parlimen akan datang. "Setelah majlis itu dibentuk, ia akan diberi tanggungjawab untuk tentukan cara mana nak tetapkan gaji minimum itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Konvokesyen ke-3 Universiti AIMST, di Sungai Petani hari ini. Subramaniam berkata, penetapan gaji berkenaan akan berdasarkan kepada sama ada di peringkat kebangsaan, wilayah atau sektor. Katanya, kemungkinan semua kaedah itu akan digunakan tetapi ia mesti sesuai dengan keadaan dalam negara selaras d...
The Malaysian Insider BN Youth to push for forum on minimum wage issue By Melissa Chi BN Youth Chief Khairy Jamaluddin told reporters that this was an urgent matter which had to be looked into immediately. “So today not only are we urging and demanding for minimum wage, but we want to build an intellectual case for minimum wage in Malaysia,” he said. Khairy said this after a meeting with representatives from the Malaysian Trades Union Congress (MTUC) and the Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs). He said this issue had to be ironed out before the New Economic Model (NEM) is introduced in October. Although Khairy said the date had yet to be confirmed, the forum would be within the next month, he said, hopeful for the presence of the prime minister or his deputy. “There is no point today for us to talk about a higher income economy if we’re still allowing for wages to be offered at far below the poverty line,” Khairy said. He said that a study by the ...
Peraturan kerja separa masa dikuatkuasa Ogos 16, 10 2:04pm Kerajaan akan menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010 mulai 1 Oktober ini yang memberi jaminan faedah tertentu kepada orang ramai yang bekerja separa masa. Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam berkata peraturan itu, yang telah diwartakan baru-baru ini, adalah bagi memastikan hak dan perlindungan pekerja separa masa daripada segi terma pemburuhan lebih jelas dan menyeluruh. Peraturan tersebut mengandungi formula yang menentukan pembayaran gaji, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Bertemu Pelanggan Kementerian Sumber Manusia di Dewan Alamanda Jasin di Jasin hari ini. Subramaniam berkata peraturan baru ini akan memberi jaminan faedah kepada 6.5 juta orang seperti suri rumah, ibu tunggal, pesara, orang kurang upaya dan pelajar institusi pengajian tinggi yang ingin bekerja secara s...
Image
Gaji: 34 peratus pekerja di bawah garis kemiskinan Ogos 5, 10 2:48pm Kajian Kementerian Sumber Manusia mengenai gaji pekerja dalam negara mendapati bahawa hampir 34 peratus daripada kira-kira 1.3 juta pekerja memperolehi pendapatan bulanan bawah RM700. Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam berkata kajian Perolehan Pekerjaan Nasional 2009 memberi penekanan terhadap soal pentingnya tahap gaji ini dinaikkan, terutama selepas kementerian itu mendapati bahawa sukar untuk menyerahkan soal gaji pekerja kepada kuasa pasaran semata-mata. Beliau turut merujuk kepada kajian Bank Dunia yang mendapati bahawa pergerakan gaji di Malaysia hanya mencatatkan pertumbuhan 2.6 peratus setiap tahun sejak 10 tahun lalu berbanding dengan peningkatan kos hidup dalam tempoh itu. "Kerajaan pada dasarnya bersetuju supaya gaji ini perlu dinaikkan," katanya kepada pembe...
MTUC Minta Kerajaan Lanjutkan Umur Persaraan Sektor Swasta Kepada 60 PETALING JAYA, 11 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menggesa kerajaan supaya melanjutkan umur persaraan bagi sektor swasta kepada 60 tahun sebagai langkah untuk mengekalkan modal insan dan meningkatkan produktiviti. Naib Presiden MTUC A Balasubramaniam berkata pada masa ini, sektor swasta mengikut umur persaraan sektor awam sebelum ini iaitu 55 tahun kerana tidak ada undang-undang yang mensyaratkan sektor swasta menetapkan had umur persaraan. Katanya MTUC mencadangkan supaya kerajaan yang bercadang meminda Akta Pekerjaan 1955 supaya memasukkan umur persaraan mandatori 60 tahun. "Kerajaan telah meningkatkan umur persaraan sektor awam kepada 58 tahun tetapi sektor swasta masih lagi pada umur 55 tahun yang nyata masih terlalu muda untuk bersara," katanya kepada Bernama. Beliau berkata majoriti pekerja yang berumur 55 tahun masih sihat dan boleh menyumbang melalui ...
Kabinet Tangguh Pelaksanaan Gaji Baru Pengawal Keselamatan PUTRAJAYA, 13 Jun (Bernama) -- Kabinet memutuskan untuk menangguhkan sementara pelaksanaan gaji minimum baharu untuk pengawal keselamatan yang dijadualkan pada 1 Julai ini bagi memberi lebih masa kepada pihak industri berkenaan untuk mengemas kini operasi mereka. Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata penangguhan sementara pelaksanaan gaji minimum tersebut di bawah Perintah Peraturan Gaji Minimum Pengawal Keselamatan Swasta bagi Semenanjung, Sabah dan Sarawak adalah susulan daripada permintaan Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) kepada pihak kerajaan. Setelah pengumuman dibuat bagi melaksanakan gaji minimum baru pada 1 Julai 2010, Kementerian Sumber Manusia telah menerima maklum balas daripada PPKKM yang memaklumkan bahawa perintah (peraturan Gaji Minimum) tersebut akan memberi implikasi kepada perniagaan mereka terutama berkenaan kontrak sedia ada. ...
Isu Kilang Kenmark Selesai, 413 Pekerja Dipanggil Bekerja Semula PELABUHAN KLANG, 5 Jun (Bernama) -- Isu lebih 400 pekerja kilang perabot Kenmark Industrial Co (M) Bhd, yang tidak dapat bekerja berikutan penutupan operasi kilang secara tiba-tiba sejak 27 Mei lepas, selesai apabila kilang itu meneruskan operasinya dan kesemua mereka dipanggil bekerja semula mulai Isnin. Pengarah Tenaga Kerja, Jabatan Tenaga Kerja Selangor Fong Khei Por berkata isu itu selesai selepas pihak pengurusan baru dengan wakil pekerja berjaya mencapai kata sepakat dan memutuskan untuk meneruskan operasi. "Apa yang berlaku adalah isu komunikasi dan keadaan panik. Itu yang menyebabkan pekerja tidak mengetahui status mereka sehingga petang Jumaat. Sebenarnya Kenmark Industrial tidak tutup tetapi operasinya dihentikan untuk proses penaksiran aset, sebab itu pekerja tidak dapat bekerja. "Hasil perbincangan, semua pihak bersetuju bahawa pekerja tidak alami apa-apa kerugian dan pihak maji...
Kilang Kenmark Henti Operasi Untuk Penaksiran Aset KLANG, 2 Jun (Bernama) -- Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan Rabu berkata operasi kilang perabot Kenmark Industrial Co (M) Bhd diberhentikan sejak Khamis lepas untuk proses penaksiran aset oleh firma audit PricewaterhouseCoopers. Beliau memberitahu JawatanKuasa Bertindak Pekerja Kenmark dalam satu perjumpaan dengan Jabatan Tenaga Kerja Pelabuhan Klang di sini hari ini bahawa Kenmark Industrial belum lagi gulung tikar. Sebaliknya, EON Bank Bhd telah melantik firma audit itu untuk mentaksir aset-aset Kenmark di dalam kilang itu untuk dibuat penilaian sama ada Kenmark perlu ditutup atau distruktur semula kerana tidak menyempurnakan pembayaran hutangnya kepada bank itu. Maznah berkata proses itu baru bermula dan pihaknya tidak dapat menjangkakan bilakah proses itu akan berakhir tetapi beliau memberi jaminan nasib 400 pekerja kilang itu yang sebahagian daripadanya ialah pekerja asing terdiri daripada wa...