DEWAN RAKYAT: KDN Proses Dan Lulus 98,916 Pekerja Asing Sehingga 11 Mac Lepas KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri (KDN) memproses dan memberi kelulusan kepada 98,916 pekerja asing bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam lima subsektor perkilangan yang kritikal dalam negara sehingga 11 Mac lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. Timbalan Menteri Dalam Negeri Jelaing Mersat berkata berdasarkan rekod, ia membabitkan sektor elektrik dan elektronik (54,844), perabot (17,033), plastik (11,044), sarung tangan getah (10,430) dan tekstil (5,655). Beliau berkata kerajaan membenarkan hampir kesemua pekerja asing itu bekerja di Malaysia dalam tempoh lima bulan di bawah konsep "fast track" bagi memenuhi keperluan kelima-lima subsektor yang dikenal pasti sebagai sektor kritikal yang sangat memerlukan pekerja untuk meneruskan operasi. "Kelulusan ini adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia (KSM) manakala KDN hanya mempr...
Posts
- Get link
- X
- Other Apps
Daya Tahan Pekerja Tempatan Tidak Setanding Pekerja Asing PUTRAJAYA, 25 Mac (Bernama) - Daya tahan pekerja tempatan tidak setanding pekerja asing dari negara jiran, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir pada Khamis. "Ia merupakan satu rungutan dari wakil industri dan ia perkara yang merunsingkan kita," katanya kepada media selepas menghadiri Program Outreach Kementeriannya Bersama Institusi Pengajian Tinggi Malaysia di sini. "Ia agak fundamental dan perlu ditangani untuk mengelakkan kita terus bergantungan kepada pekerja asing," katanya lagi. Katanya terdapat sebuah kilang yang telah melatih hampir 1,200 pekerja tempatan selama dua minggu tetapi selepas diterima bekerja hampir 1,000 orang tidak hadir. "Ini merugikan pihak industri selepas memberikan latihan kepada mereka. Gaji telah ditimbangkan tetapi itu juga tidak memadai untuk mereka kekal bekerja." Beliau turut melahirkan keg...
- Get link
- X
- Other Apps
Majikan Perlu Tawar Gaji Menarik Kepada Rakyat Malaysia CYBERJAYA, 25 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak mahu para majikan mempertimbangkan untuk menawarkan gaji yang menarik dan berpatutan kepada pekerja rakyat tempatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. Perdana Menteri berkata langkah itu berikutan terdapat aduan yang diterima bahawa tahap gaji yang ditawarkan kepada pekerja tempatan tidak begitu menarik. "Jika boleh dipertimbangkan, harap tangga gaji terutama sekali tangga gaji permulaan (menarik) dan memberi insentif serta tangga gaji yang sesuai untuk rakyat yang tidak mempunyai pekerjaan. "Jika beri gaji rendah, akhirnya tidak ada tawaran dan (ini) akan mendesak kerajaan meluluskan pekerja asing," katanya ketika sidang video dengan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, yang berada di Pusat JobsMalaysia Danga Bay Johor Baharu. Terdahulu, Perdana Menteri merasmikan secara serentak 11 JMC di seluruh negara ...
- Get link
- X
- Other Apps
Tujuh Dasar Baru Hasil Kajian Mengenai Pekerja Asing : Najib KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Tujuh dasar baru telah dilaksanakan hasil satu kajian oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara berhubung kesan kehadiran pekerja asing terhadap ekonomi Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Perdana Menteri berkata antara dasar itu ialah penubuhan pasukan petugas khas oleh Kementerian Dalam Negeri bagi meneliti semula dasar serta prosedur pengambilan pekerja asing secara keseluruhan. "Pusat Kelulusan Setempat juga ditubuhkan untuk memproses permohonan majikan yang lengkap dan layak mengambil pekerja asing yang dianggotai wakil dan pegawai daripada enam agensi berkaitan termasuk KDN, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Sumber Manusia," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) pada persidangan Dewan Rakyat di sini pada hari Isnin. Najib berkata satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Kemen...
- Get link
- X
- Other Apps
Mencari Lubuk Emas Di Bumi Malaysia Oleh Rohana Mustaffa KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Mereka bekerja berkumpulan. Masing-masing, warga Indonesia ini mempunyai kemahiran tersendiri dalam selok belok bertukang rumah, membaiki atap, memasang paip, mengecat dan sebagainya. Asalnya mereka datang ke sini sebagai pekerja binaan. Kemudian mereka mengutip pengalaman untuk bekerja sendiri secara sambilan terutama semasa kontrak masih panjang tetapi kerja di tempat binaan sudah selesai. "Saya datang ke Malaysia semasa berusia 20 tahun pada tahun 1991, bekerja dengan majikan Cina membuat bangunan besar dan tugas saya ialah mengikat batu," kata Nizamuddin atau lebih mesra dipanggil Sayuti Mastor. Selepas tujuh tahun bekerja dengan beberapa majikan, beliau memberanikan diri mengambil upah kerja membaiki rumah. "Saya memang sudah ada asas kerja memasang paip dan memasang wayar di Indonesia. "Tetapi pengalaman dan pengetahuan banyak saya timba di sini...
- Get link
- X
- Other Apps
Semua Premis Menggaji Pekerja Asing Akan Diperiksa KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Kerajaan memutuskan untuk mengadakan pemeriksaan bagi semua premis di sektor tertentu yang menggaji pekerja asing dengan seberapa segera, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien. Beliau berkata, fokus pemeriksaan adalah untuk memastikan majikan menjaga kebajikan pekerja asing terutamanya dari aspek pembayaran gaji, tempat tinggal, kesihatan dan persekitaran tempat kerja. "Kita sebenarnya mahu memastikan para majikan sentiasa mematuhi piawaian perburuhan dan langkah-langkah perlindungan yang ditetapkan di bawah dasar serta undang-undang buruh negara," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Agenda Pengurusan Warga Asing Merangkumi Isu Pemerdagangan Orang dan Mesyuarat Khas Pengurusan Warga Asing Peringkat Menteri di Parlimen di sini Rabu. Menurutnya gerakan tersebut melibatkan beberapa pihak, antaranya Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Polis Diraja Mala...
- Get link
- X
- Other Apps
Kementerian Sumber Manusia Kenal Pasti Keperluan Kemahiran MEB KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Kementerian Sumber Manusia sedang mengenal pasti bentuk kemahiran diperlukan dalam bidang-bidang yang digariskan dalam Model Ekonomi Baru (MEB) dan yang berkaitan bagi meningkatkan sumber pertumbuhan negara. Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam berkata antara bidang-bidang itu adalah berkaitan teknologi hijau, elektrikal dan elektronik, pelancongan, pertanian dan inovasi berasaskan industri. Dr Subramaniam berkata kementerian telah membentuk sekumpulan pakar industri bagi memberi nasihat mengenai perkembangan kurikulum berkaitan. "... dan selepas itu, kita akan memulakan penyusunan semula kesemua program latihan kami bagi memenuhi keperluan yang dikehendaki," katanya kepada Bernama selepas pelancaran Model Ekonomi Baru (MEB) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini Selasa. MEB akan mengubah ekonomi Malaysia menjadi ekonomi berpendapat...
- Get link
- X
- Other Apps
Malaysia hilang 350,000 pekerja mahir Mac 30, 10 4:31pm Situasi modal insan di Malaysia tidak bertambah baik kerana negara kehilangan tenaga kerja mahir yang diperlukan untuk memacu pertumbuhan di masa depan. Banyak tenaga kerja mahir Malaysia meninggalkan negara untuk mencari peluang lebih baik di negara lain dan menurut anggaran Kementerian Sumber Manusia pada 2008 - kira-kira 350,000 dewasa Malaysia bekerja di luar negara, lebih separuh daripadanya lulusan institusi pengajian tinggi. Kehilangan besar-besaran tenaga kerja mahir Malaysia diburukkan lagi dengan hakikat bahawa sistem pendidikan, disebalik modal besar yang diperuntukkan melalui beberapa usaha pembaharuan, tidak mengeluarkan tenaga kerja mahir yang diperlukan secara efektif, kata Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) dalam Laporan Pertama Model Ekonomi Baru bagi...
- Get link
- X
- Other Apps
Saksi: Wahid Terima RM50,000 Selepas Luluskan Visa Pekerja 30 Mac, 2010 18:01 PM KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Mahkamah Sesyen di sini Selasa diberitahu bahawa bekas Ketua Pengarah Imigresen Datuk Wahid Md Don menerima RM50,000 setelah mempercepatkan kelulusan visa pekerja Bangladesh pada 2008. Saksi ke-29, Datuk Seri Low Chang Hian berkata wang itu diserahkan ketika berkunjung ke rumah Wahid bersama-sama dengan rakannya 'Mr Sim', iaitu orang yang turut terlibat dalam mendapatkan pekerja asing. Katanya pembayaran itu adalah susulan daripada pembayaran pertama yang dibuat oleh seorang ahli perniagaan, Datuk Zulkafli Maulud sebanyak RM350,000 setelah memperoleh kelulusan visa tersebut. "Sim menghubungi saya untuk berjumpa di rumah Datuk Wahid. Perbincangan turut berkisar mengenai perkara lain, buk...
- Get link
- X
- Other Apps
Kajian Tabung Pemberhentian Pekerja Siap Akhir Tahun Ini KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Penubuhan Tabung Pemberhentian Pekerja akan dapat direalisasikan setelah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menyiapkan keputusan laporan kajian risiko mengenainya akhir tahun ini. Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam berkata, apabila laporan itu siap kelak, pihaknya akan mengemukakan cadangan mengenainya kepada Kabinet untuk tindakan lanjut. "Kementerian telah minta ILO yang mempunyai kepakaran aktuari dalam hal ini untuk membuat kajian dengan mengenal pasti keadaan yang ada di negara kita, dan seterusnya mencadangkan satu sistem serta pelaksanaan yang sesuai. "Kita mempunyai sikap yang terbuka mengenai hal ini, kalau apa yang dicadangkan ILO sesuai dengan kehendak negara dan sesuai dilaksanakan, kerajaan sudi untuk melaksanakannya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat perwakilan MIC Bahagian Titiwangsa di sini hari ini. Beliau diminta mengulas mengenai p...
- Get link
- X
- Other Apps
Kerajaan cadang naik gaji pekerja tempatan swasta KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Kerajaan bercadang menaikkan skim gaji pekerja tempatan swasta kepada satu kadar yang lebih tinggi dalam beberapa sektor pekerjaan bergaji rendah termasuk sektor perladangan. Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam berkata langkah itu bagi menarik minat pekerja tempatan bekerja dalam sektor itu dan mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga asing di negara ini. Katanya kementerian sedang berbincang dengan agensi berkaitan agar satu kaedah baru atau tangga gaji baru yang lebih sesuai ditawarkan kepada pekerja tempatan. "Contohnya dalam bidang perladangan ada lebih 150,000 pekerja asing dan beberapa usaha telah diambil oleh pihak majikan untuk mengambil pekerja tempatan tetapi sampai sekarang mereka tidak berminat bekerja dalam sektor itu kerana memperoleh gaji yang rendah,...
- Get link
- X
- Other Apps
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Kerajaan mensasarkan 15,000 peluang pekerjaan akan terbuka kepada tenaga kerja tempatan ekoran kenaikan bayaran levi kepada pekerja asing sebanyak dua kali ganda, dengan bayaran levi itu dibuat oleh majikan dan bukannya pekerja seperti sebelum ini. Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam berkata jumlah peluang pekerjaan yang meningkat itu dapat dilihat dalam tempoh sebulan selepas pelaksanaan kenaikan levi pekerja asing terhadap majikan dalam bidang tertentu kecuali di sektor pembinaan, perladangan dan pembantu rumah. "Selain levi dibayar oleh majikan berbanding pekerja sebelum ini, kos membawa pekerja asing ke dalam negara akan bertambah. Diharapkan penambahan levi ini akan memastikan majikan tempatan memberi tumpuan kepada pekerja tempatan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rak...
- Get link
- X
- Other Apps
Visa 55,000 pekerja Bangladesh dibatalkan Mar 10, 09 1:40pm Semua visa kemasukkan pekerja Bangladesh yang diluluskan pada 2007 dan masih belum memasuki Malaysia dibatalkan serta-merta, kata menteri dalam negeri hari ini. Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata tindakan itu selaras dengan keputusan kerajaan untuk tidak menerima sebarang permohonan baru, melainkan untuk sektor-sektor tertentu yang kritikal, lapor Bernama. syed hamid albar exclusive interview larger pix 231008 05"Kerajaan telah mengambil keputusan untuk membatalkan serta-merta visa semua pekerja asing dari Bangladesh yang masih menanti untuk memasuki negara ini. "Ini bersesuaian dengan senario semasa negara, yang tidak memerlukan tenaga kerja asing, melainkan untuk beberapa sektor tertentu yang dikenal pasti oleh kerajaan," beliau dipetik berkata selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri. Berikutan langkah itu, Syed Hamid berkata kerajaan akan mengembalikan wang bayaran levi yang dikeluarkan majikan...
- Get link
- X
- Other Apps
Badan berkecai dihempap tong satu tan Oleh Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my KUALA LUMPUR: Mengerikan apabila badan dua pekerja binaan warga Bangladesh hampir berkecai sepenuhnya selepas dihempap tong pengangkut bahan binaan di sebuah tapak pembinaan di Jalan Bangsar Utama di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 petang itu, kabel pada tong berkenaan terputus daripada sebuah kren di tingkat 22 sebuah bangunan dalam pembinaan sebelum terjatuh dan menghempap mereka. Sumber berkata, kedua-dua mangsa berusia 30 dan 40-an melakukan kerja bersama beberapa pekerja di tempat kejadian. “Ketika kren itu di tingkat 22, kabel tidak dapat menampung berat bahan binaan yang diangkat menyebabkannya terputus. “Tong yang dianggarkan lebih satu tan itu jatuh menghempap dua buruh binaan terbabit,” katanya di sini, semalam. Menurutnya, kepala seorang daripada mereka pecah manakala badan rakannya hampir hancur sepenuhnya dan bertaburan hingga beberapa meter di sekitar lokasi kejadian....
- Get link
- X
- Other Apps
21,000 pekerja Pakistan di Malaysia KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Seramai 21,000 pekerja Pakistan dibawa masuk ke Malaysia sejak enam tahun lepas, berikutan dengan satu Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh kedua-dua negara pada Oktober 2003 untuk membekalkan tenaga pekerja. Atase Masyarakat Kebajikan dan Buruh Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Malaysia Nadeem Ashraf berkata kuota sebenar di bawah MoU itu ialah 100,000 pekerja untuk sektor pembinaan, perladangan, pembuatan dan perkhidmatan. Beliau berkata kuota itu tidak dapat dipenuhi kerana pekerja Pakistan menganggap gaji dan kemudahan yang ditawarkan tidak memuaskan. "Pekerja Pakistan lebih berminat untuk bekerja di negara-negara Timur Tengah di mana gaji yang ditawarkan sangat menarik dan keadaan kerja yang lebih baik. Malahan negara-negara itu hampir dengan tanah airnya," katanya kepada Bernama di sini. Menurutnya suruhanjaya itu telah menubuhkan sebuah unit khas untuk membantu pekerja Pakistan untuk me...
- Get link
- X
- Other Apps
09 Mac, 2009 16:02 PM Tarik Balik Visa 70,000 Pekerja Bangladesh KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyeru kerajaan agar menarik balik dengan segera visa yang dikeluarkan kepada 70,000 pekerja Bangladesh yang dijangka tiba di sini tidak lama lagi. Naib presiden MTUC, A. Balasubramaniam berkata pekerja di negara ini kini sudah kehilangan pekerjaan dan kedatangan pekerja asing akan meburukkan lagi keadaan. Malahan, beribu-ribu rakyat Bangladesh di negara kini menghadapi masa depan yang muram akibat tidak ada pekerjaan dan kurang pekerjaan, katanya kepada Bernama di sini. Katanya adalah lebih baik visa mereka yang akan datang dibatalkan semasa mereka masih lagi di negara asalnya daripada menunggunya tiba di sini. Beliau mengulas kenyataan Kaunselor Buruh Bangladesh Talat Mahmud Khan bahawa 70,000 pekerja Bangladesh yang memiliki visa dijangka tiba di sin...
- Get link
- X
- Other Apps
70,000 lagi pekerja Bangladesh dijangka masuk ke Malaysia Oleh Sajad Hussein KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Lebih 70,000 pekerja Bangladesh dijangka tiba di Malaysia tidak lama lagi untuk bekerja dalam sektor perladangan, pembinaaan dan perkhidmatan, kata Penasihat Buruh di Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di sini Talat Mahmud Khan hari ini. Beliau berkata walaupun Malaysia mengalami kejatuhan ekonomi dan peningkatan jumlah pembuangan pekerja, namun pekerja Bangladesh masih mendapat permintaan kerana mereka dianggap rajin, cekap, patuh kepada peraturan, mudah dilatih dan tidak menuntut gaji yang tinggi. Pekerja Bangladesh juga dikatakan mampu melakukan pelbagai tugas, katanya. Talat berkata walaupun sektor perkhidmatan kini membekukan sementara pengambilan pekerja asing, namun visa bagi pekerja Bangladesh ini telah diluluskan sebelum peraturan itu dikuatkuasakan. Bercakap kepada Bernama, beliau berkata dengan kedatangan pekerja baru ini, jumlah...
- Get link
- X
- Other Apps
IPOH, 7 Mac (Bernama) -- Krisis ekonomi dunia ketika ini merupakan masa terbaik untuk Malaysia mengambil pendekatan lebih berani bagi mengurangkan pekerja asing yang kini mencecah 2.5 juta orang, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K Devamany. Beliau berkata kerajaan perlu memperkenalkan dasar lebih serius bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap pekerja asing dan tidak terlalu terbawa-bawa dengan tuntutan para majikan yang lebih mementingkan keuntungan maksimum mereka. "Krisis ekonomi ini perlu diambil sebagai satu peluang untuk mengubahsuai dasar kemasukan pekerja asing sedia ada demi kepentingan negara. Jangan kita seronok sesaat tapi derita seabad," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Konvokesyen 2009 Pusat Pembangunan Kemahiran Evertronics di sini hari ini. Beliau berkata ketirisan dan gejala rasuah juga perlu ditangani bagi memastikan usaha dan matlamat mengurangkan pekerja asing kepada 1.8 juta orang pada 2010 bagi memberi pe...
- Get link
- X
- Other Apps
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Kerajaan telah memberhentikan pengambilan pekerja asing dalam sektor pembuatan, dan sektor perkhidmatan keseluruhannya kecuali di bidang masakan dan pembersihan yang masih dibenarkan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar. "Dan sektor perkhidmatan kita tutup keseluruhannya melainkan untuk tukang masak, pembersihan dan resort," katanya ketika menjawab soalan tambahan M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat). Beliau berkata kerajaan juga telah memberhentikan penyumberan luar yang tidak ada kerja kerana menyusahkan dan membawa kesan yang tidak baik kepada kerajaan. "Oleh itu, dari semasa ke semasa kita akan meneliti apakah cara dan kaedah yang terbaik untuk menjamin bahawa orang yang betul-betul mempunyai kerja dan diperlukan, selaras dengan dasar pengambilan kita," katanya. Kulasegaran mendakwa bahawa penyumberan luar telah disalahgunakan oleh kerajaan walhal ada ramai di antaranya yang tidak patut masuk ke negara ini telah ma...
- Get link
- X
- Other Apps
Jangan beri muka majikan pentingkan diri Oleh ZAKARIA MOHD. YUSOF Penulis ialah Prof. Madya di Jabatan Ukur Bahan, Fakulti Alam Bina UTM, Skudai, Johor. SEKALI lagi isu warga asing menjadi topik utama media tempatan. Sejak beberapa tahun lalu, seruan untuk menghentikan pekerja asing sering kedengaran. Malang sekali suara-suara ini timbul mengikut musim tanpa ada tindakan dan dasar perancangan sumber manusia yang jelas. Akhirnya apa yang kita lihat, pekerja asing masih berleluasa memunggah khazanah di bumi ini. Ironinya, kitalah yang mengundang mereka ke sini. Umum mengetahui kebergantungan kepada warga asing hanya sebagai penyelesaian jangka pendek yang merugikan negara dalam tempoh panjang, apalagi dalam keadaan semua pihak terkesan oleh ekonomi semasa. Namun, khidmat warga asing masih menjadi intaian majoriti majikan lantaran bayaran upah jauh lebih murah. Apalagi, komitmen warga tempatan yang seringkali diragui terutama dalam sektor kolar biru. Sudah sampai masanya untuk ki...