KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Kerajaan mensasarkan 15,000 peluang pekerjaan akan terbuka kepada tenaga kerja tempatan ekoran kenaikan bayaran levi kepada pekerja asing sebanyak dua kali ganda, dengan bayaran levi itu dibuat oleh majikan dan bukannya pekerja seperti sebelum ini. Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam berkata jumlah peluang pekerjaan yang meningkat itu dapat dilihat dalam tempoh sebulan selepas pelaksanaan kenaikan levi pekerja asing terhadap majikan dalam bidang tertentu kecuali di sektor pembinaan, perladangan dan pembantu rumah. "Selain levi dibayar oleh majikan berbanding pekerja sebelum ini, kos membawa pekerja asing ke dalam negara akan bertambah. Diharapkan penambahan levi ini akan memastikan majikan tempatan memberi tumpuan kepada pekerja tempatan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rak...
Posts
- Get link
- X
- Other Apps
Visa 55,000 pekerja Bangladesh dibatalkan Mar 10, 09 1:40pm Semua visa kemasukkan pekerja Bangladesh yang diluluskan pada 2007 dan masih belum memasuki Malaysia dibatalkan serta-merta, kata menteri dalam negeri hari ini. Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata tindakan itu selaras dengan keputusan kerajaan untuk tidak menerima sebarang permohonan baru, melainkan untuk sektor-sektor tertentu yang kritikal, lapor Bernama. syed hamid albar exclusive interview larger pix 231008 05"Kerajaan telah mengambil keputusan untuk membatalkan serta-merta visa semua pekerja asing dari Bangladesh yang masih menanti untuk memasuki negara ini. "Ini bersesuaian dengan senario semasa negara, yang tidak memerlukan tenaga kerja asing, melainkan untuk beberapa sektor tertentu yang dikenal pasti oleh kerajaan," beliau dipetik berkata selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri. Berikutan langkah itu, Syed Hamid berkata kerajaan akan mengembalikan wang bayaran levi yang dikeluarkan majikan...
- Get link
- X
- Other Apps
Badan berkecai dihempap tong satu tan Oleh Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my KUALA LUMPUR: Mengerikan apabila badan dua pekerja binaan warga Bangladesh hampir berkecai sepenuhnya selepas dihempap tong pengangkut bahan binaan di sebuah tapak pembinaan di Jalan Bangsar Utama di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 petang itu, kabel pada tong berkenaan terputus daripada sebuah kren di tingkat 22 sebuah bangunan dalam pembinaan sebelum terjatuh dan menghempap mereka. Sumber berkata, kedua-dua mangsa berusia 30 dan 40-an melakukan kerja bersama beberapa pekerja di tempat kejadian. “Ketika kren itu di tingkat 22, kabel tidak dapat menampung berat bahan binaan yang diangkat menyebabkannya terputus. “Tong yang dianggarkan lebih satu tan itu jatuh menghempap dua buruh binaan terbabit,” katanya di sini, semalam. Menurutnya, kepala seorang daripada mereka pecah manakala badan rakannya hampir hancur sepenuhnya dan bertaburan hingga beberapa meter di sekitar lokasi kejadian....
- Get link
- X
- Other Apps
21,000 pekerja Pakistan di Malaysia KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Seramai 21,000 pekerja Pakistan dibawa masuk ke Malaysia sejak enam tahun lepas, berikutan dengan satu Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh kedua-dua negara pada Oktober 2003 untuk membekalkan tenaga pekerja. Atase Masyarakat Kebajikan dan Buruh Suruhanjaya Tinggi Pakistan di Malaysia Nadeem Ashraf berkata kuota sebenar di bawah MoU itu ialah 100,000 pekerja untuk sektor pembinaan, perladangan, pembuatan dan perkhidmatan. Beliau berkata kuota itu tidak dapat dipenuhi kerana pekerja Pakistan menganggap gaji dan kemudahan yang ditawarkan tidak memuaskan. "Pekerja Pakistan lebih berminat untuk bekerja di negara-negara Timur Tengah di mana gaji yang ditawarkan sangat menarik dan keadaan kerja yang lebih baik. Malahan negara-negara itu hampir dengan tanah airnya," katanya kepada Bernama di sini. Menurutnya suruhanjaya itu telah menubuhkan sebuah unit khas untuk membantu pekerja Pakistan untuk me...
- Get link
- X
- Other Apps
09 Mac, 2009 16:02 PM Tarik Balik Visa 70,000 Pekerja Bangladesh KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyeru kerajaan agar menarik balik dengan segera visa yang dikeluarkan kepada 70,000 pekerja Bangladesh yang dijangka tiba di sini tidak lama lagi. Naib presiden MTUC, A. Balasubramaniam berkata pekerja di negara ini kini sudah kehilangan pekerjaan dan kedatangan pekerja asing akan meburukkan lagi keadaan. Malahan, beribu-ribu rakyat Bangladesh di negara kini menghadapi masa depan yang muram akibat tidak ada pekerjaan dan kurang pekerjaan, katanya kepada Bernama di sini. Katanya adalah lebih baik visa mereka yang akan datang dibatalkan semasa mereka masih lagi di negara asalnya daripada menunggunya tiba di sini. Beliau mengulas kenyataan Kaunselor Buruh Bangladesh Talat Mahmud Khan bahawa 70,000 pekerja Bangladesh yang memiliki visa dijangka tiba di sin...
- Get link
- X
- Other Apps
70,000 lagi pekerja Bangladesh dijangka masuk ke Malaysia Oleh Sajad Hussein KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Lebih 70,000 pekerja Bangladesh dijangka tiba di Malaysia tidak lama lagi untuk bekerja dalam sektor perladangan, pembinaaan dan perkhidmatan, kata Penasihat Buruh di Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di sini Talat Mahmud Khan hari ini. Beliau berkata walaupun Malaysia mengalami kejatuhan ekonomi dan peningkatan jumlah pembuangan pekerja, namun pekerja Bangladesh masih mendapat permintaan kerana mereka dianggap rajin, cekap, patuh kepada peraturan, mudah dilatih dan tidak menuntut gaji yang tinggi. Pekerja Bangladesh juga dikatakan mampu melakukan pelbagai tugas, katanya. Talat berkata walaupun sektor perkhidmatan kini membekukan sementara pengambilan pekerja asing, namun visa bagi pekerja Bangladesh ini telah diluluskan sebelum peraturan itu dikuatkuasakan. Bercakap kepada Bernama, beliau berkata dengan kedatangan pekerja baru ini, jumlah...
- Get link
- X
- Other Apps
IPOH, 7 Mac (Bernama) -- Krisis ekonomi dunia ketika ini merupakan masa terbaik untuk Malaysia mengambil pendekatan lebih berani bagi mengurangkan pekerja asing yang kini mencecah 2.5 juta orang, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S.K Devamany. Beliau berkata kerajaan perlu memperkenalkan dasar lebih serius bagi mengurangkan kebergantungan negara terhadap pekerja asing dan tidak terlalu terbawa-bawa dengan tuntutan para majikan yang lebih mementingkan keuntungan maksimum mereka. "Krisis ekonomi ini perlu diambil sebagai satu peluang untuk mengubahsuai dasar kemasukan pekerja asing sedia ada demi kepentingan negara. Jangan kita seronok sesaat tapi derita seabad," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Konvokesyen 2009 Pusat Pembangunan Kemahiran Evertronics di sini hari ini. Beliau berkata ketirisan dan gejala rasuah juga perlu ditangani bagi memastikan usaha dan matlamat mengurangkan pekerja asing kepada 1.8 juta orang pada 2010 bagi memberi pe...
- Get link
- X
- Other Apps
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Kerajaan telah memberhentikan pengambilan pekerja asing dalam sektor pembuatan, dan sektor perkhidmatan keseluruhannya kecuali di bidang masakan dan pembersihan yang masih dibenarkan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar. "Dan sektor perkhidmatan kita tutup keseluruhannya melainkan untuk tukang masak, pembersihan dan resort," katanya ketika menjawab soalan tambahan M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat). Beliau berkata kerajaan juga telah memberhentikan penyumberan luar yang tidak ada kerja kerana menyusahkan dan membawa kesan yang tidak baik kepada kerajaan. "Oleh itu, dari semasa ke semasa kita akan meneliti apakah cara dan kaedah yang terbaik untuk menjamin bahawa orang yang betul-betul mempunyai kerja dan diperlukan, selaras dengan dasar pengambilan kita," katanya. Kulasegaran mendakwa bahawa penyumberan luar telah disalahgunakan oleh kerajaan walhal ada ramai di antaranya yang tidak patut masuk ke negara ini telah ma...
- Get link
- X
- Other Apps
Jangan beri muka majikan pentingkan diri Oleh ZAKARIA MOHD. YUSOF Penulis ialah Prof. Madya di Jabatan Ukur Bahan, Fakulti Alam Bina UTM, Skudai, Johor. SEKALI lagi isu warga asing menjadi topik utama media tempatan. Sejak beberapa tahun lalu, seruan untuk menghentikan pekerja asing sering kedengaran. Malang sekali suara-suara ini timbul mengikut musim tanpa ada tindakan dan dasar perancangan sumber manusia yang jelas. Akhirnya apa yang kita lihat, pekerja asing masih berleluasa memunggah khazanah di bumi ini. Ironinya, kitalah yang mengundang mereka ke sini. Umum mengetahui kebergantungan kepada warga asing hanya sebagai penyelesaian jangka pendek yang merugikan negara dalam tempoh panjang, apalagi dalam keadaan semua pihak terkesan oleh ekonomi semasa. Namun, khidmat warga asing masih menjadi intaian majoriti majikan lantaran bayaran upah jauh lebih murah. Apalagi, komitmen warga tempatan yang seringkali diragui terutama dalam sektor kolar biru. Sudah sampai masanya untuk ki...
- Get link
- X
- Other Apps
Untuk renungan bersama Adakah kita buleh terima Pendapat sebegini!!! Pekerja Asing VS Pekerja Tempatan Oleh: Kipp 23 Dis 2008 Apa akan jadi jika tiada pekerja asing di negara kita? Anda sendiri boleh jawab. Secara asasnya aku juga tak suka pekerja asing ni, tapi mahu tak mahu aku terpaksa akur bahawa rakyat tempatan susah nak bekerja. Maksud aku disini apabila kita bincang mengenai gaji dan sikap . Aku sendiri memang menghadapi masalah seperti ni setiap hari. Gaji nak banyak, tapi kerja berkira. Disuruh buat itu, diungkit hal ini, dimarah sikit, terus merajuk. Kalau hasad dengki dan iri hati tu dah jemu aku tengok. Kerja sekejap nak bergaduh. Orang tu tak buat kerja, orang ni tak buat kerja. Susah sebenarnya nak kawal pekerja tempatan jenis ni. Bersyukur kalau dapat yang jenis ’sedar diri’....
- Get link
- X
- Other Apps
Tuesday, September 16, 2008 Syed Hamid - Pekerja Tempatan perlu diutamakan PUTRAJAYA 4 Sept — Kementerian Dalam Negeri akan memastikan tenaga kerja tempatan diberi keutamaan sebelum meluluskan sebarang permohonan untuk mengambil pekerja asing, kata Menterinya, Datuk Seri Syed Hamid Albar. Beliau berkata, kementerian itu akan merujuk terlebih dahulu kepada pangkalan data Kementerian Sumber Manusia berhubung sebarang permohonan untuk pengambilan pekerja asing, bagi memastikan sama ada masih wujud tenaga kerja tempatan yang boleh dibekalkan kepada syarikat berkenaan. "Kita juga akan melihat kepada laporan yang mengatakan bahawa memang tidak ada pekerja tempatan yang terlatih atau jawatan yang diperlukan sebelum kita meluluskan untuk pengambilan pekerja asing," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Selain itu Syed Hamid berkata, kementerian juga akan memastikan permintaan terhadap pekerja asing aadalah mengikut nisbah yang ditetapkan. "Dalam tiap-tiap sektor kita teta...
- Get link
- X
- Other Apps
Dr Denison: Kadar kemiskinan M'sia 30% Siti Nurul Zahra Hamdan | Jun 17, 08 5:02pm Kadar kemiskinan di Malaysia sebenarnya lebih 30 peratus dan bukannya 5.7 peratus sepertimana yang diumumkan oleh kerajaan, kata Presiden Yayasan Strategik Sosial, Dr Denison Jayasooria. Beliau yang juga pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia berkata, ini kerana kaedah yang digunakan sekarang untuk mengira Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) negara adalah tidak tepat. Katanya, kaedah kerajaan mengira PGK sekarang hanya melibatkan keperluan asas seperti yang dilakukan oleh negara-negara miskin, tanpa mengambilkira taraf hidup isi rumah. Dr Denison berkata, kalau semua itu diambil kira, maka kadar kemiskinan rakyat negara ini lebih 30 peratus berikutan keadaan semasa dan kenaikan kos sara hidup. "Pada pandangan saya, kini terdapat lebih 30 peratus mereka yang miskin dinegara ini, lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi semasa, dan bukannya hanya 5.7peratus (seperti yang diumumkan kerajaan),"...
- Get link
- X
- Other Apps
Warga asing bolot 20% peluang pekerjaan baru Oleh: AMRAN AHMAD KUALA LUMPUR 29 Dis. - Kira-kira 20 peratus peluang pekerjaan baru yang diwujudkan tahun ini dibolot dan jatuh ke tangan warga asing, menurut kajian yang dijalankan oleh Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) baru-baru ini. Pengarah Eksekutif MIER, Profesor Emeritus Dr. Mohamed Ariff Abdul Kareem berkata, senario itu sangat berbahaya kepada sektor buruh negara terutama selepas era peralihan ekonomi daripada berteraskan buruh kepada teknologi dan kemahiran pada masa ini. “Keadaan ini juga bertentangan dengan matlamat negara untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dan bukannya mencipta peluang pekerjaan kepada orang asing, “Peralihan ekonomi kepada era teknologi dan kemahiran tinggi juga menyebabkan ekonomi negara tidak mampu menawarkan peluang pekerjaan baru sebanyak dahulu kepada rakyat negara ini terutama golongan di bawah 34 tahun,” kata beliau kepada Mingguan Malaysia di sini baru-baru ini. Awal bul...
- Get link
- X
- Other Apps
Gaji minimum: K'jaan tolak permintaan MTUC Jul 11, 07 3:45pm Kerajaan tidak dapat memenuhi permintaan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mahukan supaya gaji minimum pekerja ditetapkan pada RM900, dan elaun sara hidup (COLA) ditetapkan RM300, kepada semua petugas sektor swasta. Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Abdul Rahman Bakar berkata sekiranya permintaan MTUC itu ditunaikan, ia akan menyebabkan banyak syarikat dalam negara `gulung tikar', demikian menurut laporan Bernama. "Terdapat kira-kira dua juta pekerja asing dalam negara ketika ini, jika semua diberikan gaji minima seperti yang diminta MTUC, banyak syarikat tempatan akan ditutup," katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Tan Sri Dr Jins Shamsudin di persidangan Dewan Negara, hari ini. Beliau memberi contoh bayaran gaji minimum dan COLA kepada pembantu rumah, yang menurutnya adalah tidak logik, kerana tempat tinggal dan makanan pembantu rumah itu disedia...
- Get link
- X
- Other Apps
Hansard persidangan parliment pada 2hb Julai 2007 muka surat 28 USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT 18(1) PERMINTAAN MTUC TERHADAP GAJI MINIMUM DAN ELAUN KOS KEHIDUPAN (COLA) 11.31 pg. Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timor]: Tuan Yang di-Pertua, saya berdiri di bawah Peraturan Mesyuarat 18 untuk kemukakan Usul yang berikut, bahawa di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1), Dewan ini memberi laluan kepada Ketua Pembangkang, Yang Berhormat Tuan Lim Kit Siang untuk membawa satu Usul berkenaan perkara tertentu, berkepentingan orangramai dan berkehendak disegerakan iaitu permintaan MTUC terhadap gaji minimum dan Elaun Kos Kehidupan (COLA) untuk sektor swasta dengan potensi menyebabkan tindakan perusahaan secara besar-besaran. Pada Isnin, 25 Jun 2007, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) telah mengadakan piket yang telah dihadiri beribu-ribu pekerja di 14 tempat seluruh negara selepas rundingan dengan kerajaan berkenaan Kempen Gaji Minimum RM900 dan Elaun Kos Kehidupan (COLA) RM30...
- Get link
- X
- Other Apps
Sedia laporan gaji -- Kerajaan mahu pastikan 1.2 juta pekerja dapat upah sewajarnya Oleh SITI AINIZA KAMSARI SERDANG 30 Jun – Sebanyak 570,000 majikan sektor swasta diarahkan supaya menyediakan laporan gaji pekerja dalam tempoh tiga bulan dari sekarang untuk disemak dan dikaji oleh kerajaan. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn berkata, laporan tersebut bertujuan memastikan seramai 1.2 juta pekerja di negara ini mendapat gaji yang sepatutnya dan tidak berlaku sebarang penyelewengan dalam penggajian mereka. “Jemaah menteri baru-baru ini bersetuju dengan pelaksanaan Akta Penetapan Gaji bagi menyiasat laporan-laporan majikan sebagai satu usaha kerajaan memberikan perlindungan kepada para pekerja terutama dari aspek gaji minimum yang wajar mereka nikmati,” katanya di sini hari ini. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan ibu pejabat dan bangunan baru Wisma Lucy Belle, milik sebuah syarikat dari Taiwan yang mempunyai 200 cawangan pusat kecantikan d...
- Get link
- X
- Other Apps
MTUC wajar kembali ke meja rundingan Rencana Pengarang TIADA siapa dapat menafikan betapa sektor swasta sememangnya memainkan peranan yang penting dalam menjana kemajuan dan kejayaan negara ini sekarang. Satu ketika dulu, masyarakat memandang tinggi sektor swasta kerana menawarkan gaji lumayan dan pada masa yang sama mereka melihat sektor awam yang menawarkan gaji rendah dengan sebelah mata. Tetapi itu dulu. Keadaan sekarang sudah berubah apabila sektor awam dipandang sebaliknya oleh masyarakat berikutan keputusan kerajaan menaikkan gaji kakitangannya mulai Julai ini. Suka atau tidak, keadaan itu menimbulkan rasa cemburu di kalangan kakitangan swasta apabila sahabat mereka bakal mendapat upah lebih lumayan mulai Julai ini. Dengan alasan kenaikan gaji itu memberikan kesan kepada sektor swasta serta inflasi dalam negara, secara tiba-tiba Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mengadakan piket di 13 lokasi di seluruh negara semalam. Dua isu menjadi tuntutan utama MTUC iaitu mah...
- Get link
- X
- Other Apps
Kerajaan tidak setuju gaji awam, swasta diseragam SEREMBAN 26 Jun – Kerajaan tidak bersetuju dengan tuntutan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) supaya pemberian gaji dalam sektor awam dan swasta diseragamkan. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn berkata, kaedah itu tidak boleh dilaksanakan kerana ia boleh menyebabkan ekonomi negara tidak stabil. “Ini tidak bolehlah dilakukan. Kita telah bersetuju supaya pendekatan pemberian gaji melalui sektor dan mekanisme ini banyak membantu dalam penyelesaian tuntutan gaji. “Kita tidak mahu pendekatan dengan istilah blanket approach, nanti pembantu rumah pun dimasukkan, pekerja sambilan juga begitu. Susahlah... Ini akan menjadikan ekonomi kita tidak bergerak,” kata beliau kepada pemberita selepas majlis pecah tanah pembinaan bangunan baru Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di sini, hari ini. Beliau mengulas tindakan MTUC mengadakan piket bagi menuntut gaji minimum RM900 dan Elaun Sara Hidup (COLA) RM300 untuk pekerja ...
- Get link
- X
- Other Apps
MTUC jangan ambil tindakan rugikan pekerja – Abdullah Daripada BADRUL AZHAR RAHMAN ROM 26 Jun – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) agar tidak mengambil tindakan yang merugikan golongan pekerja berhubung isu tuntutan gaji minimum pekerja sektor swasta. ‘‘Apa pun kita perlu berbincang dan jangan ambil tindakan-tindakan yang akhirnya merugikan pekerja sendiri,” kata Perdana Menteri ketika mengulas tindakan MTUC yang mengadakan piket di 13 lokasi di seluruh negara semalam. Piket tersebut dijalankan atas alasan kerajaan tidak memberikan maklum balas positif terhadap tuntutan gaji minimum RM900 dan Elaun Sara Hidup (COLA) RM300 untuk pekerja swasta. Abdullah yang dalam rangka lawatan rasmi di Itali berkata, beliau akan meminta laporan lengkap daripada Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn berhubung perkara tersebut. Menurutnya, para majikan kini mengambil kira soal kos tenaga pekerja dan ia amat penting dalam sebarang indust...
- Get link
- X
- Other Apps
Senaraikan sektor pekerjaan bawah paras kemiskinan PUTRAJAYA 25 Jun – Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) diminta menyenaraikan sektor pekerjaan di negara ini yang dikenal pasti masih menerima gaji di bawah paras kemiskinan secepat mungkin. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Fong Chan Onn berkata, ia bagi membolehkan kerajaan membantu pekerja di sektor terbabit menerima gaji yang sewajarnya selain menikmati syarat-syarat pekerjaan lebih baik. Beliau berkata, ia juga adalah satu kaedah yang paling konstruktif bagi melindungi hak pekerja di negara ini. “MTUC tidak perlu mengadakan piket tetapi sebaliknya bekerjasama dengan kerajaan supaya setiap sektor pekerjaan di negara ini mempunyai Majlis Penetapan Gaji masing-masing. “MTUC pun menyedari keberkesanan peranan yang dimainkan oleh majlis yang setakat ini telah melindungi seramai 1.2 juta pekerja seluruh negara,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefaha...